Motosikal KTM 250 Duke 2017 telah dilancarkan sekitar bulan September 2017 bersama dengan motosikal KTM 390 Duke. Segala-galanya dari saiz, brek, dan suspensi mirip dengan motosikal 390 Duke. Ditetapkan pada harga RM21,730 (harga asas beserta GST), model 250 Duke ini sama lincah dan seronok seperti saudaranya yang lebih besar, 390.
Tag: KTM 250 Duke
Berita terkini melaporkan bahawa pencuri kini mulai mensasarkan brek ByBre. ByBre, singkatan untuk ” By Brembo”, adalah sebuah jenama yang telah dibangunkan oleh pengeluar brek terkenal itu khusus untuk motosikal berkapasiti kecil dan sederhana. Motosikal-motosikal seperti Modenas Pulsar RS200, Modenas Pulsar NS200, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke dan bermacam-macam lagi model yang lain…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah KTM Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke. Laluannya merentasi lalulintas kota raya, Lebuhraya Karak dan menaiki Bukit Tinggi. Motosikal Duke yang baru telah diperhalusi lagi dan lebih menyeronokkan untuk ditunggang berbanding sebelum ini.
Motosikal KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke telah dilancarkan pada malam ini. KTM 250 Duke telah diletakkan harganya bermula dari RM21,730 (harga asas beserta GST). KTM 390 Duke telah diletakkan pada harga bermula dari RM28,800 (harga asas beserta GST).