MotoGP: Valentino Rossi Tidak Akan Berlumba Pada Hujung Minggu Ini

  Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) telah disahkan tidak akan mengambil bahagian dalam GP San Marino pada hujung minggu ini. Ini bermakna yang Rossi tidak akan berlumba di perlumbaan halamannya disebabkan oleh kecederaan yang dialami pada kaki kanannya semasa satu sesi latihan enduro pada minggu lalu. Rossi telah dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya selama dua perlumbaan…