Kawasaki melancarkan Z650RS pada tahun lalu dan sekaligus menerima sambutan baik di Jepun dan Eropah ekoran menampilkan ciri retro-moden yang sememangnya menjadi trend ketika ini. Bagi memastikan Z650RS kekal segar bagi tahun 2023, Kawasaki telah memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model tersebut di Jepun. Bagi tahun 2023, Kawasaki Z650RS tampil dengan warna Metallic Moondust Grey…
Tag: Kawasaki Z650
Kawasaki telah menaik taraf dua model 650cc, Ninja 650 dan Z650 dengan fungsi ‘traction control’ bagi tahun 2023. Kedua-dua model terbabit kini tampil dengan tiga peringkat Kawasaki Traction Control (KTRC) yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian. Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh….
Ekzos sistem sepenuhnya siri Yoshimura Alpha Race kini boleh didapati bagi motosikal Kawasaki Ninja 650 dan Kawasaki Z650 ABS. Ekzos sistem sepenuhnya ini menjanjikan pengurangan berat sehingga 4.4kg dan peningkatan kuasa sehingga 6.1% serta 3.1% untuk tork. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Yoshimura di Malaysia, anda bolehlah merujuk dengan pengedar sah di…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Kawasaki Ninja 650 dan Z650 yang baru telah menunjukkan betapa pesatnya perkembangan rangkaian motosikal 650 Kawasaki. Ianya kini bercirikan enjin, penggayaan, serta teknologi yang baru. Model-model terbaru ini melambangkan kesungguhan Kawasaki dalam mengejar kegemilangan merentasi rangkaian produk mereka.
ARTIKEL OLEH: WAHID OOI ABDULLAH Motosikal kelas pertengahan Kawasaki 650cc kini menyambut ulangtahunnya yang ke-11. Model-model baru seperti Ninja 650 ABS, Z650 ABS dan Versys 650 kini sedang mengecapi kejayaan yang gemilang. Menyeronokkan, mesra pengguna, mampu dimiliki, dan kos penyelenggaraan yang rendah membuatkannya popular.
Mudah digunakan bagi kebanyakan penunggang, kebolehan untuk memenuhi pelbagai peranan, bergaya, dan menyeronokan antara penyebab utama ianya menjadi pilihan. Kemaskini terbaru menjadikan Kawasaki Ninja 650 dan Z650 lebih lincah serta lancar untuk ditunggang. Kedua-dua motosikal ini adalah motosikal yang dibina serba baru.
Berita baik buat para pemilik dan juga penggemar Kawasaki! Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) akan mengadakan satu ‘roadshow’ pandu uji serta kempen penyelenggaraan untuk semua penggemar Kawasaki dan juga pemilik. Acara istimewa ini akan diadakan pada hari Ahad ini (14 Mei 2017) di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam dari jam 10…
Pada Rabu lepas, Kawasaki Motors Malaysia telah menganjurkan satu sesi tunggang uji bagi dua motorsikal keluaran terbaru mereka iaitu 2017 Kawasaki Ninja 650 dan Z650.