Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan satu rumah terbuka Hari Raya yang istimewa pada hari Sabtu dirancang khas untuk meraikan anak-anak yatim serta seluruh warga Kawasaki.
  • Kakitangan, rakan taulan, serta keluarga ahli Kawasaki Owners Group Malaysia semuanya telah menghadiri acara meriah ini yang telah diadakan di Dewan Angkasaraya berdekatan dengan pangkalan udara TUDM, Sungai Besi.
  • Selain daripada makanan yang lazat, aktiviti yang menyeronokkan serta teman yang hebat, KMSB juga turut menyediakan satu sesi tunggang uji istimewa bagi mereka yang berminat untuk mencuba Kawasaki Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Versys-X 250.

Continue reading “Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim”

Lebih Banyak Motosikal Kawasaki Dicas Lampau Akan Tiba Nanti?

 

  • Berdasarkan pada beberapa sumber yang boleh dipercayai, lebih banyak motosikal Kawasaki yang dicas lampau akan muncul pada tahun 2018 bagi
    menyusuli kejayaan motosikal Kawasaki H2 dan H2R.
  • Susulan khabar angin yang bertiup kerana imej-imej yang dihasilkan oleh Young Machine, kemungkinan untuk menyaksikan lebih daripada satu motosikal ‘forced induction‘ dari Kawasaki ini lebih tinggi dari apa yang kita jangkakan.
  • Setakat ini, tahun 2018 akan menyaksikan ketibaan sama ada Kawasaki R2, S2, atau H2 GT dengan khabar mengatakan yang R2 merupakan sebuah motosikal dicas lampau ‘middleweight‘ dengan penggayaan ala ZX-6R.

Continue reading “Lebih Banyak Motosikal Kawasaki Dicas Lampau Akan Tiba Nanti?”

Roadshow Pandu Uji Kawasaki Menggegarkan Stadium Melawati, Shah Alam

 

 

 

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah memulakan roadshow pandu uji Kawasaki dinamakan roadshow “Always Closer to You”.
  • Ribuan penggemar dan peminat Kawasaki telah menghadiri roadshow pertama mereka bagi 2017 di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati yang terletak di Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu.
  • Hadirin telah mendapat peluang untuk memandu uji beberapa model Kawasaki termasuklah kesemua model terkini 2017; Z900ABS,Z650 ABS. Ninja 650 ABS dan Versys-X 250.

Continue reading “Roadshow Pandu Uji Kawasaki Menggegarkan Stadium Melawati, Shah Alam”