Baru-baru ini telah diumumkan bahawa John McGuinness telah menarik diri dari perlumbaan jalan raya Isle of Man TT tahun ini. Mugen telah mengumumkan bahawa penunggang dengan nama jolokan ‘King of the Mountain’ itu telah mengalami kecederaan retak kaki kanannya semula setelah menjalani proses pemulihan selama 14 bulan. Jentera perlumbaan elektrik mereka, Mugen Shinden Nana akan…
Tag: John McGuinness
Motosikal elektrik Mugen Shinden Nana telah dilancarkan bagi mempertahankan kejuaraan Isle of Man TT Zero pada tahun ini. Jentera perlumbaan elektrik generasi ke-tujuh itu dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang telah dipertingkatkan beserta 162hp dan 210Nm tork. Bruce Anstey, John McGuinness, dan Lee Johnston akan mengemudi motosikal Mugen Shinden Nana tersebut pada penghujung bulan Mei nanti.
Norton Motorcycles akhirnya telah mengesahkan penunggang kedua mereka bagi kempen Isle of Man TT 2018, John McGuinness. Bagi menghangatkan lagi suasana, gambar-gambar McGuinness bersama dengan motosikal Norton V4 RR SG7 telah pun tersebar di atas talian internet. Pemenang TT sebanyak 23 kali itu akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya pada tahun ini bersama dengan penunggang…
Ianya telah disahkan bahawa kerjasama di antara John McGuinness dan Honda Racing telah pun berakhir. Berita itu telah disampaikan sendiri oleh juara TT 23 kali tersebut di majlis makan malam amal tahunan Joey Dunlop Foundation. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang sama ada “King of the Mountain” itu akan menyertai Norton, Tyco BMW, Kawasaki, atau pun…
Perlumbaan pembukaan RST Superbike untuk Isle of Man TT 2017 menyaksikan Ian Hutchinson dari Tyco BMW meraih kemenangan pertama pada perlumbaan pembukaan. Kemenangan ini menandakan kemenangan TT yang ke-15 Hutchinson yang menjadikannya penunggang ketiga paling berjaya di atas litar pulau ini. Tempat kedua diduduki oleh Peter Hickman (Hickman’s Smith Racing) yang berjaya mendapatkan penamat di…
John McGuinness telah didiagnos dengan retakan pelbagai di kaki kanannya, patah empat tulang belakang dan patah tiga tulang rusuk belakang semasa sesi latihan perlumbaan North West 200 Superbika pada 11 Mei 2017 lalu. McGuinness perlu memakai kas simen sehingga enam minggu sebagai rawatan untuk kecederaan teruknya di bahagian tulang belakang dan akan kekal…
John McGuinness atau juga dikenali sebagai “The King of The Mountain” dilaporkan telah mengalami kemalangan semasa sesi latihan di perlumbaan North West 200. Pasukan Honda Racing-nya telah memuatnaik satu tweet yang juara 23 kali Isle of Man TT itu sedang dalam perjalanannya ke hospital dan berkemungkinan telah patah kaki kanannya. Status perlumbaan McGuinness bersama dengan…