Tag: Indian
Indian Motorcycle kini dalam proses memanggil semula 3,341 buah motosikal di Amerika Syarikat yang mana ianya dikatakan berkemungkinan mampu untuk hidup secara sendirinya. Isu ini dikatakan disebabkan oleh hakisan yang mungkin terjadi di dalam suis kombinasi kanannya. Beberapa rangkaian motosikal Indian Chief, Chieftain, Springfield, dan Roadmaster 2018 telah dikenalpasti mengalami isu ini.
Motosikal edisi terhad Indian Chieftain Elite 2018 telah diperkenalkan bagi tahun 2018. Skema warna perak yang serba baru adalah tarikan utama motosikal ini di mana setiap satu daripada motosikal ini telah dilukis tangan. Motosikal bagger moden 1,811cc ini telah ditetapkan harganya di Amerika Syarikat pada harga $21,499 (kira-kira RM122,798).
Indian Motorcycle telah memperkenalkan sebuah motosikal ‘flat tracker’, Indian Scout FTR1200 Custom, sewaktu EICMA 2017. Setelah mendapat pelbagai maklum balas yang positif, ianya kelihatan seperti syarikat Indian mungkin sekali akan mengeluarkan motosikal FTR1200. Motosikal FTR1200 Custom ini diasaskan daripada motosikal ‘flat tracker’ yang cukup berjaya, FTR750, yang telah memenangi tiga perlumbaan dalam Siri Flat Track…
Indian Motorcycles telah memperagakan 16 model-model terbaru bagi tahun 2018. Rangkaian ini terdiri daripada Scout Bobber, Chieftain Limited, Springfield Dark Horse, dan Roadmaster Elite. Pada musim bunga ini sahaja, jualan Indian Motorcycles telah meningkat sebanyak 17%.
Indian Scout Bobber 2017 yang terkini telah pun diperkenalkan baru-baru ini untuk pasaran motosikal cruiser. Diwarnakan hitam dalam kemasan warna “Thunder Black”, Indian Scout Bobber ini didatangkan dengan dapra depan dan belakang yang telah dipotong beserta dengan ciri-ciri Bobber yang lain. Dijana oleh enjin 69 inci persegi (1,130cc) V-berkembar, DOHC suntikan bahanapi yang menghasilkan…
Indian Dark Horse 105 cubic inches