Gambar Honda Gold Wing 2018 Tersebar!

  • Beberapa buah gambar motosikal Honda Gold Wing 2018 yang baru yang dibocorkan telah tersebar di beberapa buah platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
  • Tampaknya Honda Gold Wing 2018 yang baru ini telah menjalani pengemaskinian yang besar pada bahagian luaran dan dalamannya.
  • Perubahan terbesar yang dapat dilihat daripada gambar-gambar berkenaan adalah sistem suspensi bahagian hadapan yang baru yang mana memiliki beberapa persamaan dengan rangkaian motosikal BMW K 1600.

Continue reading “Gambar Honda Gold Wing 2018 Tersebar!”

Video Usikan Dari Honda Untuk Sebuah Motosikal Besar Baru – “What Lies Beyond”

  • Honda telah memperkenalkan sebuah video usikan baru dengan cogan kata “What Lies Beyond” yang menandakan pelancaran sebuah motosikal baru pada 24 Oktober 2017.
  • Video pendek ini mengusik perasaan semua penunggang motosikal berkenaan dengan sebab dan perasaan yang berkaitan dengan penunggangan.
  • Video usikan ini akan didatangkan dalam lima bahagian berbeza yang mana ianya menandakan kemungkinan lebih daripada sebuah model 2018 yang akan dilancarkan Honda.

Continue reading “Video Usikan Dari Honda Untuk Sebuah Motosikal Besar Baru – “What Lies Beyond””

DIUJI: Honda NSS300 – Skuter Yang Mewah

 

  • Honda NSS300 ini dikelaskan sebagai skuter premium.
  • Ciri-ciri terbaiknya adalah kelincahannya, ruangan simpanan serta penjimatan bahanapi.
  • Cukup pratikal untuk kegunaan berulang-alik dan juga penunggangan jarak jauh.

Continue reading “DIUJI: Honda NSS300 – Skuter Yang Mewah”

Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!

  • Penunggang kelahiran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman telah berjaya menduduki tempat di atas podium di tempat ke-dua bersama dengan pasukan Kawasaki Team Green bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 FIM World Endurance Championship pada hari Ahad lalu.
  • Bersama dengan penunggang BSB, Leon Haslam, dan penunggang dari Jepun,Kazuma Watanabe, Team Green merangkul tempat ke-dua dibelakang pasukan Yamaha Factory Racing Team yang membawa pulang kemenangan ke-tiga berturut-turut.
  • Pasukan F.C.C TSR Honda menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan jentera perlumbaan mereka, Honda CBR1000R SP2 yang telah dikemudi oleh Randy de Puniet, Dominique Aegerter dan Josh Hook.

Continue reading “Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!”

Sebab-Sebab Utama Mengapa Art of Speed Malaysia 2017 MENGAGUMKAN

 

  • Festival art of Speed Malaysia 2017 menyaksikan jumlah hadirin yang besar sekali yang datang bagi menunjukkan sokongan, perasaan cinta serta dedikasi mereka terhadap kancah ‘Ol-Skool’ dan ‘Kustom Kulture’ di Malaysia.
  • Acara tahun ini yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu ternyata lebih besar dan meriah dari sebelum ini dengan penyertaan dari para pengeluar ternama serta garaj-garaj tempatan yang mempamerkan jentera masing-masing yang menakjubkan tidak kira dari motosikal yang serba baru hinggalah jentera pengkhususan satu dalam sejuta.
  • Begitu ramai jemputan khas yang telah menghadiri AOS 2017 ini dari negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan banyak lagi.

Continue reading “Sebab-Sebab Utama Mengapa Art of Speed Malaysia 2017 MENGAGUMKAN”

Honda Rebel 500 2017 Dilancarkan Secara Rasmi Di Art of Speed Malaysia 2017 – RM31,798!

 

  • Boon Siew Honda dengan rasminya telah mengumumkan bahawa motosikal terkini mereka, Honda Rebel 500 2017, akan tersedia sebagai sebahagian daripada rangkaian motosikal ‘gayahidup’ di Malaysia.
  • Pengumuman rasmi ini telah dibuat semalam bersempena dengan festival Art of Speed Malaysia 2017 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Parks Serdang (MAEPS).
  • Motosikal serba baru Rebel 500 “Bobber” ini ditetapkan harganya pada RM31,798.94 (asas beserta GST) bagi varian dwi-saluran ABS.

Continue reading “Honda Rebel 500 2017 Dilancarkan Secara Rasmi Di Art of Speed Malaysia 2017 – RM31,798!”

Guy Martin Bersara Dari Perlumbaan Jalanraya

 

  • Pelumba jalanraya legenda, Guy Martin, telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelumba jalanraya antarabangsa berikutan kemunculan kembali ke arena perlumbaan jalanraya yang kurang memberangsangkan.
  • Setelah kemunculan kembalinya yang tidak diduga ke perlumbaan jalanraya dengan menerima tawaran dari pasukan Honda Racing Team, segala usaha Guy Martin dan John McGuinness serba tidak menjadi.
  • Apabila McGuinness terpaksa menarik diri dari perlumbaan Isle of Man TT berikutan kecederaan patah kakinya yang dialami selepas kemalangan ketika perlumbaan North West 200, Martin akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari perlumbaan jalanraya selepas cubaan yang tidak membuahkan hasil bersama Honda Racing Team.

Continue reading “Guy Martin Bersara Dari Perlumbaan Jalanraya”

Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR650F & CB650F 2017 Yang Dikemaskini – Dari RM44,995

 

  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan versi yang dikemaskini motosikal Honda CBR650F dan Honda CB650F 2017 mereka dengan beberapa kemaskini dalaman serta luaran.
  • Rangkaian 650F yang baru ini juga didatangkan dengan enjin yang telah dibikin semula dengan lebih kuasa dan tork dan juga suspensi, brek, dan sistem pencahayaan yang dipertingkatkan.
  • Honda CBR650F dan CB650F 2017 yang dikemaskini ini diletakkan pada harga RM47,117.94 dan RM44,995.94 (asas dengan GST).

Continue reading “Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR650F & CB650F 2017 Yang Dikemaskini – Dari RM44,995”

Sejarah Boon Siew Honda – Bagaimana Ianya Bermula

  • Sejarah Boon Siew Honda bermula sejak tahun 1950-an apabila seorang lelaki berusia 43 tahun dari Pulau Pinang telah pergi bercuti ke Jepun dan telah ternampak motosikal Honda Cub.
  • Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew memutuskan untuk membawa balik beberapa model ke Malaysia bagi membantu negara mencari mod pengangkutan yang sesuai dalam usaha membangunkan semula negara selepas Perang Dunia II.
  • Bersama dengan Soichiro Honda, Boon Siew Honda berjaya menjadikan motosikal Honda sebagai sebutan ramai menjelang tahun 1970-an apabila mereka memperkenalkan Honda C70 yang amat popular.

Continue reading “Sejarah Boon Siew Honda – Bagaimana Ianya Bermula”