Syarikat cat kustom terkemuka Amerika Syarikat, Troy Lee Designs (TLD) baru-baru ini ada menghasilkan grafik khas bagi jentera Yamaha YZF-R7. Jentera R7 itu merupakan projek dibangunkan pengeluar ekzos, Yoshimura untuk beraksi di MotoAmerica sewaktu pusingan di Laguna Seca. Tertarik dengan rekaan yang dihasilkan, Yoshimura meminta TLD untuk menghasilkan kit grafik tersebut untuk model lebih kecil,…
Tag: Honda Grom
Salah sebuah penambahan baru yang paling mengujakan dalam pasaran motosikal semasa telah mula ditawarkan lewat minggu lalu adalah segmen motosikal gaya hidup Boon Siew Honda. Terdiri daripada motosikal ria mini Honda MSX125 serta motosikal cruiser terbaru dari Honda, Rebel 500, motosikal-motosikal ini adalah tawaran yang hebat dalam kancah gaya hidup moden semasa. Dinilaikan…
Honda Monkey 125 Concept telah diperkenalkan pada minggu lalu di Vietnam Motor Show 2017 di Bandaraya Ho Chi Minh. Berdasarkan pada gambar-gambarnya, motosikal ini diasaskan daripada Honda MSX 125 terkini ataupun Honda Grom. Motosikal Monkey 125 ini tampak agak serupa dengan satu paten yang telah difailkan oleh Honda dalam bulan September tahun lalu.
Honda telah mempertingkatkan penglibatannya dalam dunia motosikal konsep dengan memperkenalkan motosikal 150 SS RACER. Motosikal konsep ini sedang dipamerkan di Pertunjukan Motor Bangkok 2017 yang bermula mulai kelmarin dan akan berakhir pada 9 April 2017.
Honda sedang menyiapkan motosikal ‘streetfighter’ mini; MSX 125, berkapasiti 125cc untuk pasaran Eropah, Australia dan juga US. Honda MSX 125 juga dikenali sebagai Honda Grom di beberapa negara. Kali ini, Honda MSX 125 menerima perubahan kosmetik yang agak banyak dengan rekabentuk yang lebih tipis dan warna yang lebih terang.