Bersempena dengan perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France, HJC Helmets telah memperkenalkan helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 yang baru. Helmet sukan tercanggih mereka itu bercirikan watak popular dari filem Monsters, Inc. Harga bagi pasaran Amerika Syarikat untuk helmet RPHA 11 yang baru ini telah ditetapkan pada $599.99 (sekitar RM2,382).
Tag: HJC
HJC Helmets telah memperkenalkan helmet full-face terbaru mereka, HJC RPHA 11 Deadpool 2018. Helmet sport utama HJC ini kini didatangkan dalam kemasan warna merah dan hitam matte yang ikonik anti hero tersebut. Untuk pasaran Amerika Syarikat, helmet HJC RPHA 11 Deadpool ini telah ditetapkan harganya pada $599.99 (RM2,371).
HJC Helmets telah memperkenalkan dua buah helmet serba baru, iaitu HJC CL-17 Hulk dan CL-17 Punisher II 2018. Rekaan Hulk adalah tawaran terkini manakala untuk Punisher pula telah diperkemaskini dengan rekaan yang baru. Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II telah ditetapkan harganya pada $199.99 (sekitar RM784) bagi pasaran Amerika Syarikat.
HJC Helmets telah memperkenalkan helmet modular HJC RPHA 90 2018. Helmet RPHA 90 ini telah direka memenuhi ciri-ciri keselamatan, keselesaan, dan kefungsian pada tahap yang paling tinggi. Harga untuk pasaran Amerika Syarikat bagi helmet modular terkini ini adalah $459.99 (RM1,778).
Tawaran terbaru dari HJC ini datang dalam bentuk sebuah helmet RPHA 70 Black Panther. Dengan kerjasama bersama “Marvel Cinematic Universe”, helmet sport touring terbaru dari HJC ini telah dilengkapi dengan pelbagai perincian halus adiwira dari Wakanda tersebut. Tiada sebarang berita mengenai bila helmet ini akan disediakan bagi pasaran Malaysia, namun, harganya dijangkakan akan berada di…
HJC Helmets telah mengumumkan yang mereka akan menaja Andrea Iannone bagi musim MotoGP 2018 dan 2019. Penunggang yang berusia 29 tahun kelahiran Itali dari pasukan Suzuki ECSTAR itu akan menggunakan helmet perlumbaan professional serba baru yang diasaskan daripada rangkaian helmet HJC RPHA 11 yang diakui ramai. Saksikan Iannone dan helmet HJC terbarunya itu pada hari…
HJC Helmet Malaysia telah membawa masuk helmet sport-touring terkini, HJC RPHA 70 Iron Man Homecoming. Helmet Iron man terbaru ini telah diilhamkan daripada filem Spider-Man: Homecoming keluaran Marvel. Ditetapkan pada harga RM2,779 (harga runcit disarankan), helmet RPHA 70 ini sesuai untuk kegunaan jalan raya yang mana ianya juga diperakui sedia lumba untuk kegunaan di atas…
HJC Helmet Malaysia kini menawarkan helmet full-face edisi terhad, HJC RPHA 11 Cars 3 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua helmet tersebut datang dalam bentuk helmet HJC RPHA 11 Lightning McQueen dan HJC RPHA 11 Carbon Jackson Storm. Harga runcit yang disarankan bagi helmet HJC edisi terhad Cars 3 adalah dari RM2,729 hingga RM3,389.
Kita semakin menghampiri penghujung musim MotoGP 2017, dan pusingan kedua terakhir iaitu Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix sudah pasti telah memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadirinya. Setelah mendapat status sebagai salah sebuah litar yang paling mencabar dalam kalendar MotoGP, Litar Antarabangsa Sepang sentiasa bersedia untuk memberi cabaran tambahan dengan cuaca yang…