Cafe Racer Hesketh Sonnet 2017 Akan Muncul Dalam Masa Terdekat – Sekitar RM145,000

  Hesketh telah mengumumkan bahawa motosikal Cafe Racer Hesketh Sonnet 2017 akan tiba di pasaran UK sebelum bulan September tahun ini. Walaupun tidak dikhabarkan lagi harga yang telah ditetapkan, ianya dikatakan berada pada paras harga sekitar £26,000 (sekitar RM144,740). Motosikal Sonnet ini dijana oleh enjin American S&S V-berkembar 2,100cc yang menghasilkan 142hp dan 210Nm tork.