Petronas Dan MAS Cargo Bekerjasama Dengan Borneo International H.O.G Rally

 

Salah sebuah acara permotosikalan yang terbesar di Malaysia, acara Borneo International H.O.G Rally Malaysia 2017, atau singkatannya BIHRM, akan berlangsung dari 30 September hinggan 9 Oktober.

Continue reading “Petronas Dan MAS Cargo Bekerjasama Dengan Borneo International H.O.G Rally”

Harley-Davidson Lancarkan TIGA Model CVO 2018 Baru!

 

  • Berikutan pelancaran Softail 2018 baru-baru ini, Harley-Davidson juga turut memperkenalkan tiga model CVO 2018 yang baru; CVO Street Glide, CVO Road Glide, dan CVO Limited.
  • Model-model CVO baru ini didatangkan dengan enjin terbesar Harley-Davidson buat setakat ini; sebuah enjin 117 inci padu (1,923cc) serba baru yang menghasilkan lebih daripada 165Nm tork.
  • Harley-Davidson juga telah memperkenalkan empat model ‘Special’ baru iaitu Street Glide Special, Road Glide Special, dan dua model ulangtahun ke-115; 115th Street Glide dan 115th Ultra Limited.

Continue reading “Harley-Davidson Lancarkan TIGA Model CVO 2018 Baru!”

Harley-Davidson Lancarkan LAPAN Model Softail 2018 Baru!

 

  • Harley-Davidson telah melancarkan rangkaian Softail terbesar mereka dengan LAPAN model yang baru bagi tahun 2018.
  • Siri Softail 2018 yang baru terdiri daripada Fat Bob, Fat Boy, Street Bob, Low Rider, Softail Slim, Deluxe, Breakout, dan akhir sekali, Heritage Classic.
  • Ke semua model Softail 2018 yang baru didatangkan dengan kerangka, suspensi, dan rangkaian kuasa yang baru yang memberikan pengalaman menunggang dan dorongan kuasa yang lebih baik yang menggabungkan rupa ikonik Harley-Davidson dengan teknologi moden.

Continue reading “Harley-Davidson Lancarkan LAPAN Model Softail 2018 Baru!”

Volkswagen Menyatakan Ducati BUKAN UNTUK JUALAN!

 

 

  • Laporan terkini yang telah dibuat oleh Reuters menyatakan bahawa Ducati tidak akan ditempatkan di atas papan pembidaan susulan satu mesyuarat oleh lembaga penyeliannya.
  • Lembaga ini yang terdiri daripada pengurusan korporat dan juga perwakilan tenaga kerja telah mencapai kata sepakat yang mereka tiada sebab yang besar mengapa mereka perlu menjual Ducati.
  • Berikutan peningkatan jualan terbarunya pada 2016 yang telah mencapai jumlah melebihi RM3 Billion, Volkswagen dan Audi percaya yang Ducati masih lagi dan akan terus kekal sebagai jenama yang bernilai jika kekal di bawah syarikat mereka.

Continue reading “Volkswagen Menyatakan Ducati BUKAN UNTUK JUALAN!”

Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Yang Ingin Beli Ducati!

  • Laporan terkini dari Reuters menunjukkan beberapa lagi nama telah muncul sebagai bakal pemilik baru Ducati.
  • Buat masa ini, pilihan terbaru yang mendahului perang pembidaan adalah keluarga Benetton dari Itali yang merupakan orang yang sama menerajui United Colors of Benetton.
  • Firma-firma lain seperti Bajaj, Polaris, Harley-Davidson dan Eicher Motors masih lagi berpeluang memiliki Ducati yang kini menuju ke pusingan kedua bidaan bermula pada bulan hadapan.

Continue reading “Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Yang Ingin Beli Ducati!”

Harley-Davidson Ingin Membeli Ducati? Siap Sedia RM7.2 Billion

 

  • Menurut laporan terkini, Harley-Davidson telah diwar-warkan ingin membuat bidaan untuk mengambil alih Ducati dari Volkswagen Group.
  • Volkswagen yang telah merancang untuk melunaskan beberapa aset utama mereka termasuk Ducati semenjak skandal emisi mereka pada tahun 2015 yang lalu.
  • Pembidaan untuk memiliki Ducati telah ditetapkan pada €1.5 Billion (kira-kira RM7.2 Billion) yang mana VW akan mula menerima bidaan daripada bakal pemilik bermula pada bulan Julai.

Continue reading “Harley-Davidson Ingin Membeli Ducati? Siap Sedia RM7.2 Billion”

Kilang Harley-Davidson Terbaru Akan Dibina Di Thailand

  • Rancangan untuk pembinaan kilang terbaru Harley-Davidson di Thailand telah pun muncul dengan operasi dijangka bermula lewat 2018.
  • Berita ini menimbulkan kemarahan di Amerika Syarikat dengan tuduhan dari persatuan pekerja Amerika menyatakan yang pengeluar ini mengurangkan pengambilan pekerja di US dan menggunakan tenaga kerja luar.
  • Kilang baru ini dikatakan untuk membantu mengurangkan kadar tariff yang tinggi untuk motosikal import di Asia.

Continue reading “Kilang Harley-Davidson Terbaru Akan Dibina Di Thailand”

Harley Davidson Sahkan 100 Model Terbaru Dan Salah Satunya Adalah Motosikal Elektrik!

 

 

  • Harley Davidson telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekitar 100 model baru dalam masa 10 tahun termasuk sebuah motosikal elektrik pengeluaran.
  • Menurut Bill Davidson, cruiser elektrik terbaru ini akan mempunyai bunyi karakteristik yang sama seperti enjin kuasa petrol mereka yang unik dan ikonik.
  • Cicit kepada pengasas Harley Davidson ini juga menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan seluruh rangkaian motosikal elektrik sebagai sebahagian daripada 100 model terbaru dalam dekad yang mendatang.

Continue reading “Harley Davidson Sahkan 100 Model Terbaru Dan Salah Satunya Adalah Motosikal Elektrik!”

Pakar Harley Davidson, Mad Garage Membuka Kedai Di Setapak, Kuala Lumpur

 

  • MAD Garage telah membuka pintunya kepada para pelanggan dalam memberikan khidmat servis terbaik, kerja-kerja penyelenggaraan, dan juga tempaan khas bagi semua motosikal Harley Davidson.
  • Terletak di Taman Sri Rampai, Setapak, pakar Harley Davidson ini terletak hanya lima minit sahaja dari pusat membeli belah AEON Wangsa Maju.
  • Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perkhidmatan servis, membaiki dan juga tempaan khas Harley, MAD Garage adalah kedai satu hentian bagi segala keperluan motosikal Harley anda.

Continue reading “Pakar Harley Davidson, Mad Garage Membuka Kedai Di Setapak, Kuala Lumpur”