Pandangan Pertama: Motosikal Cruiser Elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019!

Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.

Pelaburan Motosikal Elektrik Yang Seterusnya dari Harley-Davidson!

Dalam satu langkah untuk membangunkan motosikal elektrik mereka yang akan datang, Harley-Davidson telah mengumumkan satu kerjasama teknikal bersama Alta Motors. Kedua-dua pengeluar dari Amerika Syarikat tersebut akan mengusahakan dua motosikal elektrik keluaran Harley-Davidson yang pertama, yang bakal tiba seawal tahun 2019. Alta Motors merupakan pakar dalam motosikal elektrik dan baru-baru ini telah melancarkan motosikal ‘dirt…

Motosikal Elektrik Harley-Davidson Yang Berikutnya Akan Dinamakan Revelation?

  Harley-Davidson baru sahaja memfailkan permohonan cap dagang (trademark) di bawah nama Revelation. Cap dagang yang difailkan di USTPO itu adalah bagi bateri untuk kenderaan dan ‘drivetrain’ bagi kedua-dia kenderaan dan motosikal elektrik. Revelation kedengaran lebih seperti teknologi yang akan digunakan oleh Harley-Davidson bagi menjana motosikal elektrik mereka yang seterusnya berbanding sebuah teknologi yang serba…

Motosikal Elektrik Harley-Davidson Bakal Tiba Pada Tahun 2019!

  Motosikal elektrik keluaran Harley-Davidson yang pertama bakal membuat kemunculannya seawal tahun 2019. Berdasarkan motosikal konsep LiveWire mereka yang telah mendapat sambutan yang hangat, motosikal elektrik ini adalah salah sebuah di antara 100 model terbaru yang akan diperkenalkan oleh jenama tersebut dalam perancangan 10 tahun mereka. Berita mengujakan ini datang bersama dengan pengumuman kejatuhan hasil…

Harley Davidson Sahkan 100 Model Terbaru Dan Salah Satunya Adalah Motosikal Elektrik!

    Harley Davidson telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekitar 100 model baru dalam masa 10 tahun termasuk sebuah motosikal elektrik pengeluaran. Menurut Bill Davidson, cruiser elektrik terbaru ini akan mempunyai bunyi karakteristik yang sama seperti enjin kuasa petrol mereka yang unik dan ikonik. Cicit kepada pengasas Harley Davidson ini juga menyatakan bahawa mereka…