Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!

  • Penunggang kelahiran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman telah berjaya menduduki tempat di atas podium di tempat ke-dua bersama dengan pasukan Kawasaki Team Green bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 FIM World Endurance Championship pada hari Ahad lalu.
  • Bersama dengan penunggang BSB, Leon Haslam, dan penunggang dari Jepun,Kazuma Watanabe, Team Green merangkul tempat ke-dua dibelakang pasukan Yamaha Factory Racing Team yang membawa pulang kemenangan ke-tiga berturut-turut.
  • Pasukan F.C.C TSR Honda menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan jentera perlumbaan mereka, Honda CBR1000R SP2 yang telah dikemudi oleh Randy de Puniet, Dominique Aegerter dan Josh Hook.

Continue reading “Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!”

Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?

 

 

  • Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
  • Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
  • Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.

Continue reading “Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?”

Kasma Daniel akan Beraksi di Cub Prix DAN FIM CEV Repsol Sepanyol bagi 2017

Tahun 2017 merupakan tahun yang sibuk buat juara Cub Prix kategori CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayuddin dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran juara kebangsaan dan pada masa sama bakal melangkah ke saingan antarabangsa Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV. Kasma akan berlumba dalam kelas Moto3 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing di pentas antarabangsa. Continue reading “Kasma Daniel akan Beraksi di Cub Prix DAN FIM CEV Repsol Sepanyol bagi 2017”

Hafiq Azmi pelumba ‘wildcard’ Moto3 di Sepang

Pelumba tanah air, Hafiq Azmi, akan beraksi sebagai pelumba ‘wildcard’ untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint  dalam kategori Moto3.

Ramai peminat dunia permotoran di Malaysia ini bersemangat untuk memberi sokongan kepada pelumba-pelumba Malaysia didalam kategori Moto3 dan Moto2 hari ini. Selain dari Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) dan Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) dalam kategori Moto3, Hafiq Azmi juga telah dipilih sebagai pelumba ‘wildcard’ untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint.

14731112_1641408249490868_9184951641127086532_n Continue reading “Hafiq Azmi pelumba ‘wildcard’ Moto3 di Sepang”