Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bersama dengan GT-Max telah menukar kedai mereka kepada Yamaha Star Centre pertama. Selain daripada sebuah Pusat 3S (Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti), ia juga menawarkan kepada para pelanggan pengalaman yang lebih meluas. HLYM akan membuka lebih banyak Yamaha Star Centre di seluruh negara.