Susulan masalah logistik, Kejuaraan Dunia FIM MotoGP terpasa mengubah jadual GP Argentina yang sepatutnya bermula dengan sesi ujian bebas pada Jumaat kepada hari Sabtu. Lima penerbangan kargo yang membawa kesemua kategori kejuaraan gagal tiba di Termas d Rio Hondo, Argentina pada masa ditetapkan dan hanya akan sampai pada Jumaat. Ini sekaligus memaksa pihak penganjur untuk…
Tag: GP Argentina
Marc Marquez disahkan tidak akan terlibat dengan pusingan kedua MotoGP di Argentina ekoran masih lagi terkesan dengan diplopia (penglihatan berganda). Enam kali juara dunia MotoGP itu mengalami kemalangan serius sewaktu sesi pemanas badan di Litar Mandalika pada 20 Mac lalu dan terpaksa diketepikan daripada aksi perlumbaan. Dia kemudiannya disahkan mengalami diplopia kali kedua ekoran daripada…
Kurang 24 jam selepas GP Amerika ditunda ke tarikh baharu, venue yang dicanang sebagai pembuka tirai, GP Argentina kini turut ditunda. Susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, Argentina kini sertai Amerika Syarikat, Thailand dan Qatar dalam membatalkan penganjuran MotoGP. GP Argentina kini dijadualkan akan berlangsung pada 22 November sekaligus memaksa GP Valencia dianjak ke 29…
Ketua pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Lin Jarvis, mahu penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, dikenakan dengan hukuman yang lebih berat. Berikutan ‘penunggangan merbahaya’ Marquez pada hujung minggu yang lalu di Argentina, Yamaha tidak berpuas hati dengan hukuman ringan yang telah dikenakan. Gaya penunggangan Marquez pada hujung minggu itu telah menyebabkan pertembungan dengan beberapa orang…
Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) telah memenangi perlumbaan ketiganya dalam MotoGP semalam di perlumbaan MotoGP Argentina 2018. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3) menduduki tempat ke-dua dan diikuti oleh Alex Rins (Team Suzuki ECSTAR) di tempat yang ke-tiga. Perlumbaan penuh drama ini telah menyaksikan pelbagai kejadian, paling hangat diperbualkan adalah pertembungan antara Marc Marquez dan Valentino…
Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…
Joan Mir (Leopard Racing) meneruskan penguasaannya pada musim ini dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam Moto3. John McPhee (British Talent Team) mendapat tempat kedua selepas pertarungan sengit dengan lima penunggang yang lain. Jorge Martin (Del Consa Gresisi Moto3) melengkapkan podium di tempat ketiga.
Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menjadi penunggang Itali pertama yang memenangi dua perlumbaan Moto2 secara berturut-turut. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) muncul di tempat kedua selepas Alex Marquez terbabas keluar dari perlumbaan pada pusingan yang terakhir perlumbaan. Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) mengisi kedudukan podium dengan jarak 15 saat di belakang Morbidelli.