Konvoi MotoGP 2017 GIVI B32

 

  • Konvoi MotoGP GIVI B32 akan bermula dari Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.
  • Konvoi ini dijadualkan pada hari Ahad, 29 Oktober 2017.
  • Para peserta akan menerima pelbagai hadiah yang menarik!

Continue reading “Konvoi MotoGP 2017 GIVI B32”

Sut Hujan GIVI Palsu Dirampas Dalam Satu Serbuan

Sumber imej: KPDNKK

 

  • Sejumlah hampir 500 sut hujan GIVI palsu telah dirampas dalam satu serbuan pagi ini.
  • Serbuan itu dijalankan oleh pegawai KPDNKK bersama dengan wakil dari GIVI Asia Sdn. Bhd.
  • Pemilik perniagaan berkenaan telah menjual produk palsu ini di atas talian.

Continue reading “Sut Hujan GIVI Palsu Dirampas Dalam Satu Serbuan”

GIVI MEDIA RIDE 2017

 

  • GIVI Malaysia menganjurkan Media Ride ini sebagai tanda penghargaan kepada pihak media.
  • Tunggangan ini juga merupakan satu peluang buat pihak media untuk mencuba sendiri produk GIVI.
  • Destinasi tunggangan tahun ini adalah Port Dickson.

Continue reading “GIVI MEDIA RIDE 2017”

GIVI Melancarkan GIVI B32 Bold Topcase 32 liter terbaru – RM222

 

  • GIVI Asia telah melancarkan GIVI B32 Bold Topcase terbaru mereka dengan rekaan kotak bersegi dengan kapasiti sehingga 32 liter.
  • Rekaan terkini ini telah dipilih khususnya untuk memberikan satu pilihan berlainan bagi mereka yang kurang meminati topcase berbentuk bujur yang ada di pasaran sekarang.
  • B32 Bold Topcase terbaru ini diletakkan harganya pada RM222 (asas beserta GST) dan didatangkan dengan sebuah plet tapak. Rak motosikal dijual berasingan.

Continue reading “GIVI Melancarkan GIVI B32 Bold Topcase 32 liter terbaru – RM222”

Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?

  • Dengan lebih ramai penunggang-penunggang dari Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa di seluruh dunia, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah penunggang GP pertama Malaysia.
  • Terdapat ramai warga Malaysia yang telah bertanding di perlumbaan GP nasional dan juga serantau semenjak tahun 60-an hingga 80-an, seperti pelumba legenda Oh Kah Beng dikenali sebagai “Foreman Oh” dan Kuan Huah Chin dikenali sebagai “Bulldog Kuan”.
  • Penunggang GP moden pertama tidak lain dan tidak bukan, Shahrol Yuzy, yang memulakan kerjaya GP antarabangsanya pada tahun 1996 dan bersara pada tahun 2002.

Continue reading “Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?”

Horizons Unlimited Indonesia Telah Mengundang Anita Yusof Sebagai Tetamu Khas

  • Acara kali pertama Horizons Unlimited di Asia menyaksikan Anita Yusof diberi penghormatan sebagai salah seorang jemputan khas untuk berkongsi pengalaman dan juga tips yang diperolehinya ketika tunggangan solonya, “Global Dream Ride 2016”.
  • Duta produk GIVI itu telah mengacarakan beberapa sesi di Pulau Sumbawa, Indonesia bersama beberapa penunggang kembara wanita ternama iaitu Nicole Espinosa (USA) dan Maggie Magowan (England).
  • Horizons Unlimiteds adalah sebuah forum khusus yang didedikasikan bagi penunggang kembara yang telah dilhamkan oleh pasangan veteran Grant Johnson dan isterinya, Susan, pada tahun 1997.

Continue reading “Horizons Unlimited Indonesia Telah Mengundang Anita Yusof Sebagai Tetamu Khas”

Bakul Tengah dengan Penutup dari Givi

Givi Malaysia membawakan bakul tengah berpenutup yang memberikan lebih keselamatan dan pelindungan kepada barangan anda.

Mampu memuatkan sehingga 2 kg barangan dengan kapasiti maksima 10 liter luas.

Saya setuju dengan rekaan ini sejak dari dulu lagi kerana ini cukup memudahkan. Tiada barangan yang mahu terbang dari bakul sekiranya anda menunggang motor dalam keadaan berangin.

Tambah bagus dengan pemikiran jurutera Givi untuk membuatkannya tidak menghalang tempat duduk semasa pengisian minyak.

Terdapat untuk model terpilih sahaja. Gambar diatas adalah untuk Y15ZR.

Ala, harga Givi tak maklumkan pula…

GIVI bersama Yuzy Racing Team untuk Tahun Kelima

 

  • GIVI sebagai penaja utama pasukan Yuzy Racing Team

  • Pasukan diketuai oleh Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, bekas pelumba tersohor negara

Pembuat barangan aksesori motorsikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah melanjutkan penajaan bersama Yuzy Racing Team untuk kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) bagi tahun 2017. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut sejak 2012, GIVI telah menjadi penaja utama bagi pasukan diketuai oleh bekas pelumba tersohor negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini. Continue reading “GIVI bersama Yuzy Racing Team untuk Tahun Kelima”

Anita Yusof Terima ‘ASIA BOOK OF RECORDS’ atas Pencapaian Tunggangan Wanita Solo Seluruh Dunia

  • Kembara ‘Global Dream Ride’ dari 11.9.2015 hingga 16.9.2016

  • 65,639km merentasi 40 negara dengan Yamaha FZ150i dan kelengkapan GIVI

Duta GIVI, Anita Yusof sekali lagi membanggakan negara dengan menjadi personaliti pertama dari Malaysia untuk menerima anugerah dari ‘Asia Book of Records’ di dalam kategori ‘Tunggangan Solo Seluruh Dunia (Wanita)’. Bermula di Putrajaya pada 11 September 2015, Anita menamatkan pengembaraan solo ‘Global Dream Ride’ nya di Bukit Kayu Hitam pada Hari Malaysia 16 September 2016. Berjaya merentasi 40 negara dan 4 benua, beliau mencatat sejumlah 65,639km secara keseluruhan. Continue reading “Anita Yusof Terima ‘ASIA BOOK OF RECORDS’ atas Pencapaian Tunggangan Wanita Solo Seluruh Dunia”