Tidak dinafikan, Indonesia merupakan antara pasaran motosikal terbesar di dunia dengan lebih 130 juta pemilik motosikal berdaftar direkodkan setakat ini. Ekoran lambakan pengguna dua roda di negara itu, kerajaan Indonesia mahu memulakan projek emisi sifar bermula dengan pasaran motosikal. Untuk itu, kerajaan Indonesia mensasarkan untuk merendahkan jejak karbon (carbon footprint) sebanyak 29 peratus menjelang 2030…
Tag: enjin elektrik
Honda telah pun mengumumkan projek motosikal elektrik besar-besaran yang akan menyaksikan sebanyak 10 motosikal elektrik akan dilancarkan menjelang 2025. Sebahagian daripada usaha itu termasuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050. Meskipun akan memperkenalkan motosikal elektrik namun Honda dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pembangunan enjin pembakaran dalaman akan tetap diteruskan namun akan memastikan kadar karbon dioksida dihasilkan…
Suzuki telah memfailkan satu paten bagi sebuah skuter hibrid pacuan dua-roda baru-baru ini di US Patent and Trademark Office (USTPO). Paten ini menunjukkan sebuah skuter hibrid dengan enjin elektrik yang menjana bahagian hadapan dan enjin petrol konvensional memacu roda belakang. Rekabentuk skuter ini agak serupa dengan skuter maxi Suzuki Burgman.