Dalam usaha mencapai 15 peratus jumlah jualan motosikal elektrik menjelang 2023, kerajaan telah memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik ketika Belanjawan 2024 yang diumumkan pada Jumaat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, skim terbaru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bantu meningkatkan industri…
Tag: elektrik
Minum air tanpa ‘straw’ atau penyedut minuman adalah antara daripada inisiatif manusia dalam menjaga alam sekitar yang ketika ini berdepan masalah longgokan plastik. Selain daripada kempen tolak ‘straw’, syarikat besar dunia lain juga mengorak langkah sama dalam lapangan masing-masing. Tidak terkecuali dari usaha itu adalah pengeluar kereta Jepun, Honda yang mula memperkenalkan beberapa model ‘hijau’…
Honda telah pun mengumumkan projek motosikal elektrik besar-besaran yang akan menyaksikan sebanyak 10 motosikal elektrik akan dilancarkan menjelang 2025. Sebahagian daripada usaha itu termasuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050. Meskipun akan memperkenalkan motosikal elektrik namun Honda dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pembangunan enjin pembakaran dalaman akan tetap diteruskan namun akan memastikan kadar karbon dioksida dihasilkan…
Pengeluar alat ganti automotif, EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendaftar dan melesenkan skuter elektrik, Blueshark SG3000DT. Difahamkan, pihak EPMB menerima kelulusan tersebut sebulan selepas kerajaan meluluskan pemasangan skuter elektrik tersebut. Menurut EPMB, Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan dan Homologasi (VTA) telah memberi kelulusan bagi model Blueshark…
Kami berpeluang menyaksikan motosikal elektrik pertama dari Yamaha, Yamaha E01 sewaktu acara Karnival Yamaha GenBlu di Teluk Batik, Perak, pada Sabtu. Dipertonton secara global pada Januari lalu, skuter elektrik itu akhirnya membuat penampilan di Malaysia menerusi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Penampilan motosikal itu sudah pun dijangka apabila Yamaha Jepun mengumumkan Malaysia antara negara terpilih…
Pengeluar motosikal elektrik, Trouve, telah pun mendedahkan ‘teaser’ pertama yang merujuk kepada model H2, sebuah skuter maxi elektrik pertama yang akan dilancarkan di India. Dilabel sebagai skuter maxi hyper, Trouve H2 menawarkan motor dengan penyejukan cecair, transmisi satu kelajuan, fork depan USD dan penyerap hentakan tunggal di belakang. Menurut Trouve, H2 ini juga menyokong keterhubungan…
Jenama motosikal yang pernah terkenal pada suatu ketika, Cagiva, akan kembali semula dengan memperkenalkan beberapa jentera baharu. Bagaimanapun, Cagiva akan dilahirkan semula sebagai syarikat motosikal elektrik seperti yang dilaporkan electrek.co. Ditubuhkan pada 1978, Cagiva menempah nama selaku pengeluar motosikal Itali yang popular namun beberapa kali melalui penstrukturan semula sebelum menjadi anak syarikat milik MV Agusta….
Motosikal konsep Honda Riding Assist-e Concept merupakan sebuah motosikal elektrik imbangan-kendiri. Berkongsi kerangka yang sama dengan motosikal Honda Riding Assist. Para penunggang tidak perlu meletakkan kaki ke lantai sewaktu dalam keadaan pegun.