Motosikal Off-Road Elektrik RM67,000, Cake Kalk!

  Sebuah syarikat dari Sweden, Cake, telah mencipta motosikal Cake Kalk, sebuah motosikal off-road elektrik yang merupakan gabungan sebuah basikal ‘mountain bike’ dan sebuah jentera motocross. Dengan berat hanya 70kg, motosikal ini dapat merentasi jarak sejauh 80km pada kelajuan tertinggi 80km/j. Setiap satu motosikal edisi terhad ini berharga €14,000 (RM67,164).

Motosikal Elektrik Harley-Davidson Bakal Tiba Pada Tahun 2019!

  Motosikal elektrik keluaran Harley-Davidson yang pertama bakal membuat kemunculannya seawal tahun 2019. Berdasarkan motosikal konsep LiveWire mereka yang telah mendapat sambutan yang hangat, motosikal elektrik ini adalah salah sebuah di antara 100 model terbaru yang akan diperkenalkan oleh jenama tersebut dalam perancangan 10 tahun mereka. Berita mengujakan ini datang bersama dengan pengumuman kejatuhan hasil…

Kalashnikov Akan Mengeluarkan Motosikal Elektrik Untuk Pasukan Polis Dan Tentera

Pengeluar senjata Russia, Kalashnikov akan menghasilkan motosikal elektrik bagi kegunaan pasukan polis dan juga tentera. Kalashnikov juga akan membekalkan motosikal ini untuk pihak penguatkuasa undang-undang sewaktu Piala Dunia 2018 di Russia. Pihak tentera berminat untuk menggunakan motosikal elektrik kerana ianya senyap dan tidak memerlukan bahanapi.

Neematic Memilih Pelumba Enduro Legenda Chris Birch Sebagai Duta Baru

  Neematic, pencipta salah sebuah basikal elektrik paling berkuasa dunia telah memilih Chris Birch sebagai duta baru mereka. Pelumba rali motosikal terkemuka itu yang telah berlumba di International Six Day Enduro (ISDE), Rali Dakar, dan Hard Enduro akan membantu dalam pembangunan serta jualan untuk jenama berkenaan. Basikal janaan elektrik terbaru mereka, Neematic FR/1, telah diperkenalkan…