Merujuk kepada definisi yang boleh didapati dari Dewan Bahasa dan Pustaka, gila bererti tidak sihat fikiran, sakit otak, tidak seperti biasa dan tidak dapat diterima akal. Definisi ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan pendekatan yang diambil para jurutera jenama motosikal Itali paling popular di dunia dalam menghasilkan V4 versi Superleggera. Menggunakan Ducati Panigale V4R sebagai…
Tag: ducati v4
Ducati melalui minggu yang malang di litar perlumbaan hujung minggu lalu apabila Dovizioso dan Petrucci gagal mengekang kemaraan Marc Marquez di Sachsenring sementara Alvaro Bautista tidak lagi memegang takhta pendahulu di SBK. Bautista kehilangan takhta sebagai pendahulu kejuaraan apabila dipintas Johnny Rea yang kini mendahului dengan 24 mata selepas mendominasi Donington Park, baru-baru ini. Pelumba…
Nampaknya khabar angin mengenai motosikal Ducati Streetfighter V4 yang telah tesebar sebelum ini ada kebenarannya. Satu temuramah baru-baru ini bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, telah membayangkan yang ianya bakal tiba. Dia menyatakan bahawa “ia (Streetfighter V4) akan tiba secepat mungkin!”
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah mengatakan sebelum ini bahawa akan ada lebih banyak model V4 yang akan diperkenalkan. Para penggemar Ducati mengharapkan yang salah sebuah daripadanya adalah Streetfighter V4 baharu. Buat masa ini, Officine GP Design telah membina Ducati Streetfighter V4 ini.
Ducati telah mengumumkan bahawa akan ada lebih banyak model yang dijana oleh enjin V4. Enjin ini akan digarap dari enjin Desmosedici Stradale yang menjana motosikal Panigale V4. Enjin V4 baharu tersebut akan lebih ‘mampu milik’, menurut Ducati.
Media permotoran dari Belgium, MaxxMoto telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti sebuah superbike Ducati V4 yang baru melakukan beberapa pusingan di atas litar ujian. Superbike keluaran Ducati janaan V4 yang akan muncul tiba ini mempunyai runut bunyi yang hampir sama dengan motosikal GP Ducati Desmosedici atau pun Honda RC213V. Ia…
Motosikal Superbike Ducati V4 yang baru mungkin sekali akan diperkenalkan lebih awal dari apa yang kami jangkakan berdasarkan sumber beberapa media permotoran Itali yang telah menerima jemputan ke sebuah acara Ducati pada 7 September 2017. Acara yang dianjurkan oleh Ducati itu bersempena dengan pusingan MotoGP Misano yang akan berlangsung pada hujung minggu itu dari 8…
Ducati sering kali muncul dalam berita baru-baru ini setelah mereka mengumumkan bahawa mereka akan membuat satu pengumuman besar pada tarikh 7 Julai yang akan tiba nanti di litar Laguna Seca ketika pusingan MotoGP yang akan berlangsung di sana.