Ducati Monster 821 2018 Diperkenalkan – Kini Dengan Paparan TFT!

  • Ducati baru sahaja memperkenalkan motosikal Ducati Monster 821 2018 yang terbaru daripada pengeluar itu sebagai satu pratonton buat semua penggemar Ducati.
  • Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 model berkenaan, motosikal 821 yang baru ini diinspirasikan oleh motosikal Monster 900 yang pertama sekali serta oleh motosikal yang amat berkuasa, Monster 1200.
  • Motosikal Monster 821 2018 yang baru ini bercirikan paparan TFT dan ‘Ducati Safety Pack’ yang mengandungi ABS Bosch, ‘Ducati Traction Control’, dan Mod Penunggangan yang boleh dipilih.

Continue reading “Ducati Monster 821 2018 Diperkenalkan – Kini Dengan Paparan TFT!”

MotoGP: Kemenangan Bergaya Dovizioso Dalam Hujan Di Motegi

  • Andrea Dovizioso sekali lagi telah menunjukkan keunggulannya dalam perlumbaan MotoGP dalam cuaca yang basah di Litar Twin Ring Motegi.
  • Penunggang dari Itali berkenaan telah menyusup dengan pantas dari kedudukannya di belakang dan sekali lagi terlibat dalam pertarungan hebat di pusingan terakhir dengan penamat di tempat ke-dua, Marc Marquez (Repsol Honda).
  • Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing) mendahului perlumbaan ini pada sebahagian besar pusingannya sebelum terpaksa akur di tempat ke-tiga.

Continue reading “MotoGP: Kemenangan Bergaya Dovizioso Dalam Hujan Di Motegi”

Beli Minyak Shell Advance Di Lazada Malaysia Dan Temui Jorge Lorenzo!

  • Beli minyak enjin motosikal Shell Advance di Lazada Malaysia dan anda berpeluang untuk bertemu Jorge Lorenzo.
  • Pembeli atas talian berpeluang untuk memenangi perjumpaan eksklusif bersama dengan penunggang Ducati tersebut, tiket MotoGP™ dan juga cermin mata Oakley.
  • Tempoh peraduan dari 3 hingga 29 Oktober 2017.

Continue reading “Beli Minyak Shell Advance Di Lazada Malaysia Dan Temui Jorge Lorenzo!”

MotoGP: Tito Rabat Menandatangani Perjanjian Bersama Avintia Ducati Bagi Musim 2018

  • Tito Rabat bakal berpindah ke pasukan Reale Avintia Racing bagi musim MotoGP yang berikutnya pada tahun 2018.
  • Penunggang berusia 28 tahun yang berasal dari Sepanyol itu telah mengalami satu musim yang sukar setakat ini dengan pasukan semasanya, EG 0,0 Marc VDS di atas jentera Honda.
  • Rabat akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 yang telah diperolehi Avintia Racing dari pasukan pengilang Ducati yang telah digunakan oleh Andrea Dovizioso. Continue reading “MotoGP: Tito Rabat Menandatangani Perjanjian Bersama Avintia Ducati Bagi Musim 2018”

Ducati Dengan Rasminya Meperkenalkan Enjin V4 Desmosedici Stradale – 210hp!

  • Ducati akhirnya telah melancarkan enjin V4 Desmosedici Stradale terbaru mereka semalam pada permulaan pusingan MotoGP San Marino di Misano.
  • Versi jalanraya yang dihasilkan dari usaha MotoGP Ducati ini dikatakan mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm.
  • Varian jalanraya akan mempunyai sesaran sebanyak 1,103cc manakala sebuah versi “R” akan dikeluarkan pada tahun 2019 untuk bertanding dalam WorldSBK.

Continue reading “Ducati Dengan Rasminya Meperkenalkan Enjin V4 Desmosedici Stradale – 210hp!”

Adakah Ini Motosikal Superbike Ducati Panigale V4 Yang Baru?

  • Telah terbit satu gambar yang menarik yang tersebar di beberapa buah platform media sosial yang mengatakan ianya mungkin sekali sebuah motosikal superbike Ducati Panigale V4.
  • Dijana oleh enjin V4 “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”, enjin ini bakal diperkenalkan pada hujung minggu ini sewaktu pusingan MotoGP di Misano.
  • Walaupun motosikal itu sudah pun pecah tembelangnya disebabkan oleh gambar berkenaan, perasmiannya masih lagi mungkin akan dibuat pada penghujung tahun ini semasa Pertunjukan EICMA di Milan, Itali.

Continue reading “Adakah Ini Motosikal Superbike Ducati Panigale V4 Yang Baru?”

Warna Baru Diumumkan Bagi Ducati XDiavel 2018 – Iceberg White!

  • Ducati telah mengumumkan yang motosikal Ducati XDiavel 2018 mereka akan mendapat beberapa penambaikan yang baru termasuklah satu warna yang serba baru; Iceberg White.
  • Ducati XDiavel S 2018 juga akan didatangkan dengan pakej suspensi serba baru yang memberikan lebih keselesaan bagi kedua-dua penunggang dan
    pembonceng.
  • Dilengkapi dengan enjin V-berkembar Testastretta DVT 1,262cc, motosikal XDiavel ini menghasilkan 156hp dan 129Nm tork untuk tahap keriangan maksimum.

Continue reading “Warna Baru Diumumkan Bagi Ducati XDiavel 2018 – Iceberg White!”

Ducati Memperkenalkan Nama Bagi Enjin V4 Baru – “Desmosedici Stradale”

 

  • Ducati telah memperkenalkan nama bagi enjin V4 terbaru mereka iaitu “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”.
  • Enjin baru bagi motosikal superbike pengeluaran Ducati yang dijan oleh V4 ini akan diperkenalkan pada hujung minggu ini semasa pusingan MotoGP San Marino.
  • Desmosedici Stradale yang baru ini dikatakan sebagai sebuah hibrid di antara enjin GP V4 Desmosedici Ducati dan penjana kuasa Superquadro V2 semasa mereka dari siri Panigale.

Continue reading “Ducati Memperkenalkan Nama Bagi Enjin V4 Baru – “Desmosedici Stradale””