Aprilia RS660 Mendarat Di Malaysia – RM59,900!

Aprilia RS660 telah pun dirasmikan di Malaysia oleh pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd. Tampil dengan enjin parallel-twin 660cc generasi baharu yang berkemampuan menjana 100hp disamping menggabungkan rekaan sofistikated dan teknologi terkini, RS660 menandakan kebangkitan semula motosikal segmen pertengahan. Enjin Aprilia RS660 digerakkan dengan enjin dua silinder selari 660cc serba baharu…

Sultan Johor Perkenan Harley-Davidson Lebar Sayap Ke Selatan Tanah Air

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan dengan rancangan Harley-Davidson untuk melebarkan perniagaan di Johor Baharu. Pengedar eksklusif Harley-Davidson, Didi Resources Sdn Bhd akan membuka Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di kawasan Jalan Stulang Laut sekitar suku kedua tahun ini. Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee telah pun mengadap…

Pusat 3S Vespa Kuching Dilancarkan Di Sarawak!

Selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources berbesar hati melancarkan pusat pameran Vespa sulung di Sarawak. Pelancaran Yong Sport Motor selaku Vespa Kuching menandakan pencapaian terbaru Didi Resources sebagai pusat 3S Vespa pertama yang dibuka di Kuching, Sarawak. Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo mengucapkan terima kasih ke atas Yong Sport Motor (Vespa…

Vespa Malaysia Lancar Sei Giorni II Edition – RM34,500!

Sempena dengan Vespa Day Malaysia yang dianjurkan di Lost World of Tambun, Didi Resources selaku pengedar jenama Vespa di Malaysia melancarkan Sei Giorni II Edition, hari ini. Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, menyifatkan sambutan Vespa Day kali ini istimewa tatkala seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung esok. “Hari ini cukup istimewa, kami menggunakan…

Jelajah Vespa Racing Sixites Bermula!

Sempena pelancaran Vespa Racing Sixties di Malaysia baru-baru ini, Vespa Malaysia telah menganjurkan jelajah seluruh negara yang telah pun bermula awal bulan ini di Motoplex Petaling Jaya. Motoplex Petaling Jaya merupakan rumah baharu bagi jenama Piaggio di Malaysia. Hari pertama jelajah tersebut mengumpulkan tak kurang 100 pemilik Vespa seluruh negara termasuk Presiden Vespa Club Malaysia,…

Vespa Racing Sixties Mendarat Di Malaysia – Dari RM19,100!

Pengedar rasmi Vespa di Malaysia, Didi Resources melancarkan dua model edisi Racing Sixties bagi pasaran Malaysia. Dua model ini merangkumi Vespa GTS Super 300 dan Sprint edisi Racing Sixties yang merupakan edisi khas diinspirasikan daripada jentera perlumbaan. Elemen paling menonjol merupakan pilihan warna yang disertakan gabungan warna merah dan putih serta hijau dan kuning. Pada…

Jawatan Kosong Di Harley-Davidson Johor Bahru!

Harley-Davidson akan membuka pusat pengedar rasmi di Johor sekaligus mencari individu berminat untuk sertai pasukan baharu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan motosikal, servis selepas jualan, kewangan dan butik H-D. Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pusat berukuran 12,000 kaki persegi itu menawarkan semua model Harley-Davidson termasuk…

Big Bike Warehouse: 53 Motosikal Dijual, Lebih RM4.5 Juta Berjaya Dikutip!

Big Bike Warehouse melakar sejarah baharu dalam dunia dua roda apabila merekodkan lebih RM4.5uta penjualan motosikal dan aksesori dalam tempoh tiga hari acara tersebut berlangsung. Diadakan di Warehouse 15 Gasket Alley, acara yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan untuk menawarkan promosi istimewa terhadap pelanggan yang mengidamkan peluang memiliki jentera idaman. Antara jenama yang dijual…

Aprilia RS660 Masuk Pasaran Malaysia Hujung Tahun

Jentera yang diperkenalkan di EICMA 2019, Aprilia RS660 akan dibawa masuk ke pasaran negara, hujung tahun ini. Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello, ketika memperkenalkan Aprilia RSV4 X bersama Max Biaggi di Le Noir, Kuala Lumpur, malam tadi. Berita tersebut bukan satu kejutan tatkala Capello turut mendedahkan Malaysia merupakan antara…