MotoGP: Dovizioso Mendahului Kejohanan Dengan Kemenangan Keempat Di GP British

 

  • Andrea Dovizioso (Ducati Team) telah merangkul kemenangan MotoGP keempatnya di GP British semalam yang diadakan di Litar Silverstone.
  • Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) dengan percaturan tayar belakang lembutnya telah membuahkan hasil apabila dia merentasi garisan penamat di tempat ke-dua di hadapan teman sepasukan, Valentino Rossi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga.
  • Marc Marquez (Repsol Honda) mengalami kerosakan enjin yang bukan sahaja menamatkan perlumbaannya, tetapi juga menyebabkan tempat pendahulu dalam kejohanannya yang kini telah diambil alih oleh Dovizioso dengan kelebihan sebanyak 9 mata.

Continue reading “MotoGP: Dovizioso Mendahului Kejohanan Dengan Kemenangan Keempat Di GP British”

MotoGP: Prosedur Pertukaran Motosikal Baru Akan Diuji Pada Hujung Minggu Ini

 

  • Perlumbaan MotoGP di Silverstone pada hujung minggu ini akan menyaksikan satu prosedur pertukaran motosikal ‘flag-to-flag’ yang baru akan diuji oleh sebab factor keselamatan.
  • Arahan Perlumbaan serta Suruhanjaya Keselamatan telah memutuskan untuk menguji satu sistem baru di mana penunggang yang ingin menukar motosikal perlu masuk ke hadapan paddock mereka pada sudut 45 darjah ke dalam dengan motosikal kedua tersedia menghala keluar pada sudut yang sama.
  • Seorang mekanik tambahan akan berada di laluan pit dengan batang lollipop ala Formula 1 yang akan berdiri di hadapan motosikal kedua bagi memberi isyarat kepada penunggang masa yang selamat untuk memasuki semula laluan pit.

Continue reading “MotoGP: Prosedur Pertukaran Motosikal Baru Akan Diuji Pada Hujung Minggu Ini”