Art of Speed (AOS) Malaysia secara tradisinya sering mengadakan cabutan bertuah semasa acara tahunan utama mereka. Pemenang akan mendapat hadiah berupa sebuah motosikal, sama ada buatan khas atau yang standard. Pemenang utama tahun ini membawa pulang motosikal “The Twinboss”, sebuah ciptaan Yamaha RXZ dengan enjin berkembar.
Tag: Art of Speed 2017
Acara Art of Speed Malaysia 2017 akan menghadiahkan satu hadiah utama yang cukup istimewa pada hari Ahad ini dalam bentuk sebuah motosikal dragster Yamaha RXZ Twinboss. Motosikal dragster RXZ Twinboss ini dijana oleh dua enjin dua lejang yang bekerja seiring dengan gabungan kapasiti sehingga 270cc yang bersamaan dengan sebuah motosikal lumba empat lejang middleweight…