Art of Speed (AOS) Malaysia secara tradisinya sering mengadakan cabutan bertuah semasa acara tahunan utama mereka. Pemenang akan mendapat hadiah berupa sebuah motosikal, sama ada buatan khas atau yang standard. Pemenang utama tahun ini membawa pulang motosikal “The Twinboss”, sebuah ciptaan Yamaha RXZ dengan enjin berkembar.