Perlumbaan MotoGP ke-3000 menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) kekal sempurna dari awal hingga ke akhir perlumbaan untuk kemenangan yang klasik di Gran Premio Red Bull de España. Marc Marquez (Repsol Honda) dan Jorge Lorenzo (Ducati Team) melengkapkan podium yang dipenuhi dengan penunggang Sepanyol di hadapan penyokong senegara mereka di Jerez. Jorge Lorenzo telah berjaya menduduki…
Tag: Aprilia Racing Team Gresini
Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…
Juara Dunia MotoGP 2016 Marc Marquez menjadi satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat. Karel Abraham mengejutkan semua orang setelah bertarung untuk posisi pertama dengan juara MotoGP itu. Penunggang dari Britain Cal Crutchlow hanya 0.003 saat di belakang Abraham, meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan GP Argentina pada hari ini.
Hanya Vinales dan Marquez mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat Vinales lengkap 101 pusingan di litar Phillip Island Kemajuan besar dari Dani Pedrosa di tempat ketiga Sekali lagi, Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha membuktikan bahawa dia adalah pelumba terlaju di sesi ujian di litar Phillip Island, Australia. Selama sesi tiga hari yang lepas, hanya Maverick…