Pelumba Ducati, Andrea Dozioso muncul juara di GP Austria selepas berjaya memintas pendahulu kejuaraan, Marc Marquez di selekoh terakhir. Sementara pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo, melengkapkan podium ditempat ketiga selepas berjaya mengetepikan cabaran wakil Yamaha, Valentino Rossi (keempat) dan Maverick Vinales (kelima). Quartararo berjaya mendahului kelompok depan buat sementara waktu apabila Marquez dan Dovizioso…
Tag: Andrea Dovizioso
Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez menyifatkan pesaing utamanya memasuki separuh musim 2019 adalah pelumba Yamaha dan bukannya Ducati. Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso merupakan pesaing terdekat Marquez sejak 2017 dan dia kekal di kedudukan kedua musim ini, namun 58 mata ketinggalan di belakang pelumba Honda Repsol itu sementara rakan sepasukan, Danilo Petrucci, ketiga. Bagaimanapun, prestasi Ducati…
Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso menafikan dakwaan bahawa dia penunggang yang tidak agresif selepas menduduki tempat keempat minggu lalu di Assen. Bermula di petak ke-11, Dovioso berjaya naik ke kedudukan keempat di awal perlumbaan sebelum kembali ketinggalan. Bagaimanapun, di penghujung perlumbaan Dovizioso berjaya memintas rakan sepasukan, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, namun…
Pelumba Yamaha, Maverick Vinales, mahu Jorge Lorenzo memulakan perlumbaan seterusnya di kedudukan terakhir selepas kesilapannya menyebabkan tiga pelumba lain terpaksa bersara awal dalam GP Catalunya yang berlangsung semalam. Senario itu menyebabkan Vinales menggesa FIM untuk menghukum Jorge Lorenzo susulan tindakan gopoh pelumba Sepanyol itu di selekoh sepuluh menyebabkan tiga pelumba lain gagal menamatkan perlumbaan. Menurut…
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso menyifatkan dia tidak dapat menunggang sepertimana yang diinginkan di Mugello dan percaya pakej keseluruhan jentera Desmosedici GP19 masih tidak mencapai tahap yang bagus untuk mencapai kemenangan di GP Itali. Ketika sesi ujian bebas semalam, Dovizioso bergelut dengan tayar terutamanya di bahagian selekoh ketika sesi ujian memasuki waktu tengah hari. “Catatan masa…
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mendominasi saingan pembukaan MotoGP di Litar Losail,Qatar namun sebaik perlumbaan berakhir, empat pasukan telah menyatakan bantahan terhadap kemenangan tersebut. Segalanya berpunca daripada ‘winglet’yang diletakkan di bahagian depan tayar belakang. Ducati mempertahankan penggunaan alat itu dengan alasan alat tersebut bertindak menyejukkan tayar bagaimanapun, pasukan yang menyatakan bantahan berpendapat ‘winglet’tersebut menghasilkan ‘downforce’ –…
Andrea Dovizioso memulakan aksi pembukaan MotoGP 2019 dengan kemenangan di GP Qatar selepas berjaya mengetepikan cabaran sengit oleh pertahan juara, Marc Marquez. Bermula di petak kedua, Dovizioso berjaya memintas pelumba di petak utama, Maverick Vinales sebaik melalui selekoh pertama. Marquez turut bermula dengan baik sekaligus memulakan perebutan tempat pertama bersama Dovizioso. Percubaan berani Marquez di…
Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya merebut petak utama bagi aksi pembukaan saingan MotoGP 2019 di Qatar selepas mengungguli sesi kelayakan penuh drama. Vinales meneruskan aksi mantap dari ujian pra-musim di Litar Losail untuk menewaskan wakil Ducati, Andrea Dovizioso dengan perbezaan 0.198 saat sementara juara bertahan, Marc Marquez terpaksa akur dengan kedudukan ketiga. Jorge Lorenzo –…
Pasukan pengilang Ducati Team telah melancarkan jentera perlumbaan Ducati Desmosedici GP19. Penunggang pasukan pengilang, Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci bersama dengan penunggang pasukan Pramac, Jack Miller, akan mengemudi jentera GP19 ini dalam kejohanan MotoGP musim 2019. Ia kini didatangkan dengan kemasan grafik berwarna merah sepenuhnya.