Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!

  • Penunggang kelahiran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman telah berjaya menduduki tempat di atas podium di tempat ke-dua bersama dengan pasukan Kawasaki Team Green bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 FIM World Endurance Championship pada hari Ahad lalu.
  • Bersama dengan penunggang BSB, Leon Haslam, dan penunggang dari Jepun,Kazuma Watanabe, Team Green merangkul tempat ke-dua dibelakang pasukan Yamaha Factory Racing Team yang membawa pulang kemenangan ke-tiga berturut-turut.
  • Pasukan F.C.C TSR Honda menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan jentera perlumbaan mereka, Honda CBR1000R SP2 yang telah dikemudi oleh Randy de Puniet, Dominique Aegerter dan Josh Hook.

Continue reading “Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!”

Boon Siew Honda Memastikan Honda Team Asia Bersedia Untuk Perlumbaan Suzuka 8 Hours

Satu HATI Honda Team Asia sudah bersedia untuk perlumban ketahanan Suzuka 8 Hours – (dari kiri ke kanan) Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada

 

 

  • Boon Siew Honda Motorsports Team telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang akan mengendalikan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan kali ke-40 Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance.
  • Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia yang pertama yang bukan sahaja menyokong malah mengetuai pasukan Satu HATI Honda Team Asia di Suzuka pada tahun ini.
  • Pada tahun ini, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi bersama dengan penunggang Indonesia Dimas Ekky Pramata dan penunggang ARRC Thailand Ratthapong Wilairot akan memberikan sebaik usaha mereka untuk mencapai kemenangan di perlumbaan ketahanan ini.

Continue reading “Boon Siew Honda Memastikan Honda Team Asia Bersedia Untuk Perlumbaan Suzuka 8 Hours”

Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?

 

 

  • Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
  • Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
  • Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.

Continue reading “Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?”