Saingan MotoGP kembali ke Indonesia dengan Litar Mandalika menjadi tuan rumah terbaru selepas 25 tahun. Aksi di kelas premier menyaksikan pelumba KTM, Miguel Oliveira muncul juara diikuti Fabio Quartararo (Yamaha) kedua dan Johann Zarco (Pramac) ketiga. Meskipun perlumbaan kali ini berjalan dengan penuh aksi apabila pelumba terpaksa menempuh litar yang basah kuyup namun senario yang…
Tag: 2018 motogp
Johann Zarco berjaya memperoleh Petak Pertama bagi Grand Prix Qatar 2018. Dia, Marc Marquez, bersama dengan Danilo Petrucci berjaya memecah rekod catatan masa terdahulu untuk berada di kedudukan 3 Teratas. Rekod sebelum ini telah bertahan selama sepuluh tahun.
Ujian musim sejuk Sepang MotoGP 2018 menyaksikan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menetapkan catatan masa terpantas dengan 1:58.830. Dani Pedrosa dari Repsol Honda mengekori rapat di belakang di atas jentera Honda RC213V-nya dengan catatan masa 1:59.009. Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL) melengkapkan tiga teratas dengan catatan masa 1:59.052.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 bermula di bawah terik cahaya matahari. Hanya tiga orang penunggang sahaja telah mencatat masa di bawah 2:00 minit buat masa ini. Pertarungan tiga penjuru di antara Ducati, Honda, dan Yamaha diteruskan pada masa ini.
Kalendar sementara bagi Kejohanan MotoGP 2018 telah pun disebarkan. Thailand akan menganjurkan satu pusingan MotoGP buat pertama kalinya. Musim 2018 akan bermula seminggu lebih awal dan berakhir seminggu lebih lewat dari kebiasaannya.