Honda CB125M Concept – Motosikal Mini Muktamad

  Motosikal Honda CB125M Concept telah dipersembahkan sewaktu acara pertunjukan EICMA 2018 di Milan baru-baru ini. Motosikal supermoto mini itu telah diperkenalkan bersama dengan saudara kembaranya, model Honda CB125X Concept. Antara spesifikasi yang ada pada motosikal Honda CB125M Concept ini adalah roda 17 inci Marchesini, tayar ‘slick’ Pirelli, dan ekzos SC-Project.

Honda CB125X Concept – Masa Depan Motosikal Adventure-Touring?

  Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.

Motosikal Gaya Hidup Boon Siew Honda – Honda MSX125 dan Rebel 500

    Salah sebuah penambahan baru yang paling mengujakan dalam pasaran motosikal semasa telah mula ditawarkan lewat minggu lalu adalah segmen motosikal gaya hidup Boon Siew Honda. Terdiri daripada motosikal ria mini Honda MSX125 serta motosikal cruiser terbaru dari Honda, Rebel 500, motosikal-motosikal ini adalah tawaran yang hebat dalam kancah gaya hidup moden semasa. Dinilaikan…