AFAZ: Kapcai Buatan Tempatan Dengan Enjin Suzuki

Baru-baru ini KMSB Motors Sdn Bhd telah pun memperkenalkan AFAZ sebuah jenama motosikal tempatan baharu.  Menariknya, KMSB Motors juga mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Suzuki Motor Corporation (Jepun) bagi pembangunan motosikal tempatan serba baharu itu.  Menurut kenyataan tersebut, Suzuki akan membekalkan enjin dan alat ganti bagi model 110cc hingga 150cc bermula suku pertama 2024.  Maklumat…

GIVI Kembali Ke Cub Prix, Umum Penaja Utama Tekhne Yamaha AHM Motorsports

Jenama akeseori motosikal Itali, GIVI dengan rasminya kembali ke Kejuaraan Petronas Malaysian CubPrix setelah diumumkan menjadi penaja utama pasukan GIVI Tekhne Yamaha AHM Motorsports bagi musim 2023.  GIVI dalam satu kenyataan mendedahkan satu majlis sederhana telah diadakan di ibu pejabat AHM Motorsports bagi meraikan perkembangan terbaru itu.  “Pengasas GIVI, Giuseppe Vicenzi sendiri merupakan seorang pelumba…

Ramai Beli Motosikal Lari Kedai, Terdesak Atau Nak Jimat?

Tidak dinafikan jualan motosikal semakin laris sejak musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) susulan menjadi bukan sahaja median pengangkutan malah sebagai kenderaan mencari rezeki terutamanya bagi kerja penghantar makanan/barangan.  Namun, tidak juga dinafikan harga motosikal semakin meningkat sejak PKP berakhir. Walaupun pengeluar memperkenalkan harga rasmi namun sebaik sampai di kedai sesetengah jenama itu dijual dengan harga…

FLUX Lancar Servis Langgan Motosikal Pertama Di Malaysia

FLUX, syarikat perkhidmatan langgan kereta di Malaysia kini memperkembangkan lagi servis sedia ada dengan turut menawarkan langganan motosikal.  Tawaran terbaru itu menjadikan FLUX sebagai syarikat langgan kenderaan pertama di Malaysia yang menawarkan bukan sahaja kereta malah motosikal.  Anda boleh melanggan sama ada motosikal elektrik atau dengan enjin pembakaran dalaman bagi tempoh (dari) 24 bulan hingga…

Bergesel Antara Satu Sama Lain, Remaja 19 Tahun Maut Dalam Nahas 7 Motosikal

Seorang remaja berusia 19 tahun disahkan maut setelah terbabit kemalangan di Kilometer 38.8, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas), pada Ahad.  Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof. Memetik laporan Kosmo, mangsa ketika itu sedang bergerak secara berkumpulan dengan beberapa motosikal lain dari Nilai ke Seremban dengan menunggang motosikal jenis RS150.  Bagaimanapun,…

Aveta V13R Dikemas Kini Dengan Lampu Depan Baharu – RM7,259

Beberapa minggu lalu, Aveta telah pun melancarkan model kelapan untuk pasaran tempatan menerusi VZR250.  Aveta VZR250 merupakan motosikal segmen sportsbike 250cc sulung diperkenalkan jenama itu.  Dalam pada itu, Aveta turut mengorak langkah dengan mengemas kini model kapcai V13R bagi tahun 2023. Meskipun baru setahun lebih berada dalam pasaran namun Aveta telah menaik taraf model 124cc…

Purata Sebuah Yamaha 135LC Dikebas Setiap Hari Pada 2021

Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) telah pun berkongsi statistik terbaru babitkan kecurian kenderaan di Malaysia bagi tahun 2021.  Memetik laporan The Star, motosikal kapcai jenis Yamaha 135LC kekal model paling panas di Malaysia apabila secara purata sekurang-kurangnya sebuah unit dicuri setiap hari.  Dalam pada itu, Yamaha Y15ZR atau lebih popular dengan jolokan ‘YSuku’…

Kebas Komponen Motosikal, Budaya ‘Hobi Kami Mahal’?

Tidak dinafikan, penunggang motosikal merupakan pengguna jalan raya paling berisiko tinggi untuk berdepan kecelakaan ekoran kurangnya perlindungan sekiranya berlaku kemalangan.  Oleh sebab itu, penunggang motosikal sentiasa perlu peka dan lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya agar dapat mengurangkan risiko berlakunya kecelakaan. Namun, tak cukup dengan penunggang motosikal terpaksa berwaspada di jalan raya, kini timbul…

TuneBoss Lancar ShiftBoss, Kit ‘Quickshifter’ Serba Baharu – Dari RM399

Pengeluar ECU TuneBoss, FSR Technology dengan rasminya memperkenalkan kit ‘quickshifter’ serba baharu dikenali sebagai ShiftBoss.  ShiftBoss membolehkan penunggang motosikal dengan transmisi manual menukar gear tanpa perlu menarik klac sekaligus mempercepatkan proses pertukaran gear agar lebih efisien. Pembangunan ShiftBoss sahaja telah mengambil masa tiga tahun namun menurut FSR Technology, evolusi teknologi ‘quickshifter’ syarikat itu telah pun…