Yamaha XV950 Café Racer (CBU) (2016) kini hadir ke Malaysia – RM55,000 (asas termasuk 6% GST)

Bolt Cafe Racer

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) mengimpot terus model Yamaha Bolt XV950 Café Racer dengan harga yang cukup menarik pada RM55,000. Model Yamaha Bolt XV950 ini merupakan sport cruiser yang dikuasakan dengan enjin V2 4-lejang dengan 942 cm³ kebuk pembakaran yang mampu memberikan 52.1PS pada putaran enjin yang sangat rendah 5,500RPM. Ini sangat bersesuaian dengan ciri-ciri cruiser yang hanya memerlukan kilasan trotel yang sedikit tapi mampu menggerakan mesin ini dengan mudah. Daya kilas maksimum juga dapat diperolehi pada putaran enjin yang rendah pada 3,000 RPM dengan 79.5 Nm dapat dirasai.

Grafik yang hadir pada Yamaha Bolt XV950 ini adalah grafik yang klasik yang telah digunakan 50 tahun lepas dengan warna kuning dan dikemaskan dengan rekaan ‘speed block’ pada bahagian bawah tangki. Tangki berbentuk air mata ini juga besar dan mampu mengisi 12L petrol.  Continue reading “Yamaha XV950 Café Racer (CBU) (2016) kini hadir ke Malaysia – RM55,000 (asas termasuk 6% GST)”