Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge. 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017. Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di…

Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3

    Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai. Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha…

Intip: Adakah ini Yamaha NVX 155 di Rawang?

Sekeping gambar kiriman pembaca, menunjukkan sekilas pandang raut jentera automatik yang ditunggu-tunggu oleh peminat dua roda di Malaysia, iaitu, Yamaha NVX 155. Mengapa jentera ini ditunggu-tunggu walaupun hanyalah jentera skuter sahaja? Pada pendapat kami, jentera ini menfokuskan kepada prestasi dengan enjin 155.1cc yang dilengkapi dengan sistem VVA yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm…

2017 Yamaha NVX 155 / Aerox dilancarkan oleh Rossi di Sepang

Yamaha Motor Corporation mengambil peluang untuk melancarkan jentera terbaru mereka iaitu Yamaha NVX 155 atau dikenali sebagai Aerox di sesetengah pasaran.  Yamaha NVX 155 ini dikatakan mempunyai enjin yang berasal dari Yamaha NMax 155, namun dibaluti dengan rekabentuk yang lebih tajam dan agresif; sesuai untuk penunggang yang lebih muda. Tambah-tambah pula dengan grafik Movistar Yamaha,…