2017 Suzuki GSX-250R akan hadir ke Jepun dan Eropah pada 17 April 

Sebuah jentera yang dinanti-nantikan peminat dunia dua roda iaitu Suzuki GSX-250R akan mula merayau ke jalanan seluruh dunia bermula sejak Disember 2016 di China dan kali ini di Jepun dan Eropah pada 17 April 2017. Suzuki sekarang ini berusaha untuk memenangi hati pengguna jentera 250cc dengan rekaan yang menarik beserta teknologi yang mampu memberi prestasi yang kompetitif.

Continue reading “2017 Suzuki GSX-250R akan hadir ke Jepun dan Eropah pada 17 April “

2017 Suzuki V-Strom 250

Setelah memperkenalkan jentera sukan 250cc, GSX-250R, Suzuki terus menyertai saingan dalam kategori jentera kembara 250 dengan adanya Suzuki V-Strom 250. Kehadiran jentera kembara dalam kategori 250cc sangat ditunggu oleh peminat motosikal terutamanya di Asia kerana had lesen yang dibahagikan mengikut kapasiti enjin sehingga 250cc. Selain itu juga, pilihan dalam kategori 250cc biasanya hanya model sukan (sport)  atau model jalanan (naked street). Contoh jentera sukan dan jalanan yang sedia ada di Malaysia termasuklah Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Z250SL,  Yamaha YZF-R25 dan Honda CBR250R.

Suzuki V-Strom 250 hadir dengan enjin 248cc selari berkembar yang mampu membawa anda sejauh 496km dengan satu tangki penuh.  Enjin ini telah dioptimumkan untuk perjalanan dalam kelajuan 12 –  55mph (20-88kpj) dimana ini adalah kelajuan biasa yang ditunggang oleh pengguna jentera kembara. Kalau nak lagi laju, maka anda perlu tunggang jentera sukan.  Continue reading “2017 Suzuki V-Strom 250”

2017 Suzuki GSX-S150 di Indonesia

gsx-150r171

Selain dari jentera reraup penuh, Suzuki GSX-R150, Suzuki turut memperkenalkan GSX-S150 dalam kategori jalanan yang tampak ringkas namun masih cukup mengujakan bagi peminat jenama dari Hamamatsu ini. Jentera ini berkongsi enjin yang sama dengan Suzuki GSX-R150. Melihat kepada kebangkitan pasukan Suzuki ECSTAR dalam siri perlumbaan MotoGP, tidak mustahil Suzuki akan bangkit sekali lagi di Asia dan meniti di bibir peminat sekalian.  Continue reading “2017 Suzuki GSX-S150 di Indonesia”

2017 Yamaha NVX 155 / Aerox dilancarkan oleh Rossi di Sepang

Yamaha Motor Corporation mengambil peluang untuk melancarkan jentera terbaru mereka iaitu Yamaha NVX 155 atau dikenali sebagai Aerox di sesetengah pasaran. 

Yamaha NVX 155 ini dikatakan mempunyai enjin yang berasal dari Yamaha NMax 155, namun dibaluti dengan rekabentuk yang lebih tajam dan agresif; sesuai untuk penunggang yang lebih muda. Tambah-tambah pula dengan grafik Movistar Yamaha, pastinya senang untuk dijual seluruh Asean.

Jentera ini akan mula dipasarkan ke beberapa negera di Asean pada Disember ini dan tidak dapat dipastikan samada Malaysia akan menerima NVX 155 sesegera itu.

Sumber: Yamaha MotoGP FB