BMW Malaysia Bersama Shell Lancar Program Penjagaan Kereta Premium

BMW Malaysia dengan kerjasama Shell Malaysia memperkenalkan program servis dan selenggara minyak enjin dan alat ganti yang menawarkan Shell Helix Ultra Profesional ABB 5W-40. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan kerjasama berterusan bersama Shell membolehkan kedua-dua pihak menawarkan perkhidmatan terbaik. “Di BMW Malaysia, kami percaya bahawa usaha sama signifikan yang dijalin dengan pihak-pihak…

Shell Malaysia Bina Fasiliti Penyimpanan Tercanggih

Shell Malaysia telah melancarkan sebuah tangki penyimpanan bahanapi minyak petrol baharu dan kawasan pemunggahan tambahan. Langkah ini membolehkan Shell Malaysia memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi minyak petrol Shell di Zon Tengah. Tangki ini mempunyai kapasiti sehingga 10 juta liter dan mampu mengagihkan 1,800 liter minyak petrol dalam satu minit.

Shell Malaysia nak ‘payung’ percutian ke Italy, New Zealand atau Korea Selatan!

Shell Malaysia dengan rasminya telah melancarkan peraduan “Win a Trip with Shell” dimana para pelanggan boleh memenangi percutian destinasi pilihan antara Italy, New Zealand atau Korea Selatan! Satu pemenang akan dipilih setiap minggu tempoh peraduan dijalankan dari 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019. Para pelanggan Shell hanya perlu belanja RM40 minimum di mana-mana stesen…

Begini Caranya Shell Malaysia Mengangkat MotoGP Malaysia 2018 Ke Aras Yang Berikutnya!

Pusingan Shell Malaysia MotoGP tahun ini di Sepang telah diangkat ke satu tahap baharu atas jasa Shell Malaysia. Kesuluruhan B Hillstand telah diambil alih dan ditukar menjadi Shell Hillstand di mana para peminat boleh menikmati perlumbaan dan pelbagai aktiviti lain. Mereka juga turut menganjurkan Kempen Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru di mana ratusan penunggang motosikal…

SIC Anjurkan “Sesi Teh Tarik” Bersama Para Penunggang MotoGP!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menganjurkan satu “Sesi Teh Tarik” yang amat istimewa bersama dengan beberapa orang penunggang MotoGP. Acara ini telah diadakan di NZ Curry House dengan kemunculan istimewa oleh Ayumu Sasaki, Adam Norrodin, Niki Tulli, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin, dan Danilo Petrucci. SIC juga turut memperkenalkan trofi rasmi yang akan dipersembahkan kepada…

Shell Malaysia Bawa Jorge Lorenzo Bertemu Peminat!

Shell Malaysia telah menganjurkan satu sesi bertemu peminat yang amat istimewa bersama dengan penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo. Para peminat penunggang berkenaan telah berkumpul di Pavilion, Kuala Lumpur. Acara ini diadakan bersempena dengan pusingan MotoGP Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (2-4 November 2018).