Beli Minyak Shell Advance Di Lazada Malaysia Dan Temui Jorge Lorenzo!

  • Beli minyak enjin motosikal Shell Advance di Lazada Malaysia dan anda berpeluang untuk bertemu Jorge Lorenzo.
  • Pembeli atas talian berpeluang untuk memenangi perjumpaan eksklusif bersama dengan penunggang Ducati tersebut, tiket MotoGP™ dan juga cermin mata Oakley.
  • Tempoh peraduan dari 3 hingga 29 Oktober 2017.

Continue reading “Beli Minyak Shell Advance Di Lazada Malaysia Dan Temui Jorge Lorenzo!”

SHELL ADVANCE LANCAR PEK EDISI TERHAD – Peluang untuk menangi tiket Grandstand Utama saksikan 2016 Shell Malaysia MotoGP™

The new Shell Advance Limited Edition PacksShell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Dari sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan anda memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016. Untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah, pengguna hanya perlu melengkapkan  borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, melampirkan resit pembelian dan menyerahkannya kepada pengedar yang turut serta. Anda juga boleh mengemukakan penyertaan anda dalam talian di www.shell.com.my/motogp bersama gambar resit anda.  Continue reading “SHELL ADVANCE LANCAR PEK EDISI TERHAD – Peluang untuk menangi tiket Grandstand Utama saksikan 2016 Shell Malaysia MotoGP™”

Ulasan: Yamaha Y15ZR dengan Shell Advance Ultra 10W-40 review

 

20160529-Y15ZR-Shell-Advance-Ultra-004

Shell telah menjemput MotoMalaya.net untuk menguji varian terbaru minyak enjin motosikal iaitu Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus. Sebelum ini, saya telah menulis mengenai teknologi PurePlus sebagai maklumat tambahan.

Saya memilih minyak enjin Advance Ultra dengan gred 10W-40 untuk dimuatkan ke ruang enjin motor saya iaitu Yamaha Y15ZR. Sebagai panduan, Yamaha menyarankan penggunaan minyak dengan gred 20W-40 atau 20W-50. W merujuk kepada ‘Winter’, memandangkan Malaysia tidak ada musim sejuk atau keadaan dimana suhu boleh mencapai 0 darjah celcius, saya hanya melihat pada nombor yang kedua iaitu 40.  Continue reading “Ulasan: Yamaha Y15ZR dengan Shell Advance Ultra 10W-40 review”

Minyak Sintetik Shell dengan teknologi PurePlus – hasil 40 tahun penyelidikan

Shell-PurePlus-Tech-003

Teknologi penghasilan minyak sintetik menggunakan gas asli dan menukarkannya kepada cecair adalah teknologi terbaru Shell dengan nama PurePlus. Walaupun teknologi ini dikatakan baru, proses penghasilannya telah menjalani penyelidikan bermula pada 1973 di Amsterdam dengan hanya penghasilan beberapa gram per hari. Melangkah ke 2012, Shell telah berjaya menghasilkan 140,000 bbl per hari. Continue reading “Minyak Sintetik Shell dengan teknologi PurePlus – hasil 40 tahun penyelidikan”