Shell Advance Lancar Minyak Pelincir Khas untuk Skuter

  • Dua minyak enjin Shell Advance & minyak gear

  • Dirumus khas dengan Teknologi PurePlus and Active Cleaning

  • Penambahbaikan pembersihan dan prestasi enjin

Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir enjin khas untuk skuter hari ini. Pelancaran telah diadakan di Shell Batu 3, Shah Alam. Barisan minyak pelincir dan minyak gear terbaru dari Shell Advance adalah Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance. Barisan baru ini telah ditambahkan pada Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 yang telah ada di pasaran sejak 2014. Continue reading “Shell Advance Lancar Minyak Pelincir Khas untuk Skuter”

Rekod tercatat di Shell Malaysia MotoGP™ 2016

2016 Shell Malaysia MotoGP™ baru sahaja berakhir beberapa minggu yang lalu dan ia merupakan acara yang menakjubkan bagi semua peminat MotoGP dan juga Shell Advance.

a-yamaha-club-member-happily-took-up-the-shell-advance-ride-thru-oil-cha

Pelumba Ducati Corse, Andrea Dovizioso, telah memenangi perlumbaan di Sepang International Circuit (SIC) setelah 7 tahun tanpa kemenangan. Ia merupakan perlumbaan yang sempurna bagi beliau dan juga minyak enjin yang paling laris di Malaysia.

1-Andrea-Dovizioso---Ducati-Team---Japanese-MotoGP-QP2

Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia telah menawarkan “Shell Ride-Thru Service” dimana servis tukaran minyak pelincir diberi secara percuma kepada semua pemilik motorsikal 250cc ke bawah yang membeli minyak pelincir Shell Advance sewaktu MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC). Continue reading “Rekod tercatat di Shell Malaysia MotoGP™ 2016”

Shell memperbaharui tajaan MotoGP Malaysia sehingga 2020

sepangcircuit

Shell dan Dorna Sports mengumumkan berita gembira dengan Shell telah memperbaharui tajaan mereka sehingga 2020. Ini bermakna selama 4 tahun berturut-turut iaitu pada 2017, 2018, 2019 dan 2020, tajaan ini adalah eksklusif kepada Shell sebagai penaja utama di MotoGP Sepang dengan nama Shell Malaysian Motorcycle Grand Prix.   Continue reading “Shell memperbaharui tajaan MotoGP Malaysia sehingga 2020”

Tawaran servis minyak pelincir Shell PERCUMA di MotoGP Malaysia, Sepang International Circuit

shell-advance-oil

Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia akan menawarkan servis tukaran minyak pelincir secara percuma kepada semua yang membeli minyak pelincir Shell Advance pada hujung minggu ini sempena MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC).

Dengan nama rasmi Shell Advance Ride-Thru Service, servis percuma ini disediakan untuk beberapa motorsikal terpilih bawah 250cc. Proses penukaran minyak pelincir ini akan dilakukan dalam masa kurang dari 10 minit sahaja.

Sambil menunggu untuk servis percuma, pemilik-pemilik motorsikal boleh rehat dengan cukup selesa kerana Shell Malaysia akan menyediakan tempat menunggu yang sejuk disertakan dengan minuman ringan. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan servis mencuci visor topi keledar khas untuk penunggang motorsikal.

Proses penukaran minyak pelincir akan dilakukan oleh seramai 16 mekanik terlatih dari bengkel rasmi Shell agar para penunggang berasa senang hati dan yakin bahawa jentera-jentera mereka diservis oleh pihak yang berpengalaman.

Minyak pelincir Shell Advance boleh dibeli di tempat letak kereta P1 atau di Welcome Centre, Sepang International Circuit (SIC).

Program ini akan dijalankan di tempat letak kereta P1, bertentangan dengan pintu masuk SIC yang menuju ke arah Welcome Centre. Beberapa papan tanda akan ditempatkan menuju ke arah tempat letak kereta P1 untuk membantu para penunggang sampai ke tempat servis Shell Advance dengan mudah.

Servis penukaran minyak pelincir ini akan bermula pada hari Jumaat ini (28 Oktober 2016) hingga Ahad (30 Oktober), dari 9 pagi hingga 5 petang.

Para pelanggan juga akan mendapat peluang untuk memenangi sesuatu yang istimewa dari “Wheel of Fortune” dimana mereka boleh memenangi hadiah-hadiah yang cukup istimewa seperti ‘Steam Wash’ percuma setelah motorsikal mereka selesai diservis.

Tekan sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

SHELL ADVANCE LANCAR PEK EDISI TERHAD – Peluang untuk menangi tiket Grandstand Utama saksikan 2016 Shell Malaysia MotoGP™

The new Shell Advance Limited Edition PacksShell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Dari sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan anda memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016. Untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah, pengguna hanya perlu melengkapkan  borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, melampirkan resit pembelian dan menyerahkannya kepada pengedar yang turut serta. Anda juga boleh mengemukakan penyertaan anda dalam talian di www.shell.com.my/motogp bersama gambar resit anda.  Continue reading “SHELL ADVANCE LANCAR PEK EDISI TERHAD – Peluang untuk menangi tiket Grandstand Utama saksikan 2016 Shell Malaysia MotoGP™”