Skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 Dilancarkan Dari RM45,000

  • Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) dengan rasminya telah memperkenalkan skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 ketika sesi tunggang uji pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Maxi skuter premium tawaran dari Suzuki itu dijana oleh enjin 399cc DOHC, suntikan bahanapi yang patuh Euro4 yang menghasilkan sehingga 31hp.
  • SAM telah menetapkan harga skuter Suzuki Burgman 400 terkini pada RM45,000 (asas tidk termasuk GST).

Continue reading “Skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 Dilancarkan Dari RM45,000”

Skuter Elektrik Treelektrik T-90 2017 Kini Boleh Didapati Untuk Jualan – Dari RM10,494

 

  • Tree Movement (M) Sdn Bhd akhirnya telah mengumumkan yang skuter elektrik pertama mereka, Treelektrik T-90, kini sudah pun sedia untuk jualan.
  • Pengumuman ini telah dibuat semalam pada hari Khamis dimana Tree Mevoment melantik MyANGKASA sebagai pengedar rasmi mereka di Malaysia ketika satu upacara tandatangan yang telah diadakan di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
  • Treeletrik T-90 2017 varian bateri asid plumbum diletakkan harganya pada RM10,494 (asas beserta GST) manakala versi janaan lithium akan diumumkan dalam masa terdekat.

Continue reading “Skuter Elektrik Treelektrik T-90 2017 Kini Boleh Didapati Untuk Jualan – Dari RM10,494”

Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3

 

 

  • Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai.
  • Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang telah diubahsuai oleh penunggang lagak ngeri mereka yang dikenali sebagai Gaban.
  • Motosikal yang paling menarik perhatian dipamerkan adalah motosikal Yamaha NVX yang dilitupi dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3”

BMW Dedahkan Skuter Elektrik Concept Link

  • Elektrik skuter BMW Concept Link yang super futuristik telah diperkenalkan baru-baru ini ketika acara tahunan Concoro d’Eleganza Villa d’Este di Itali.
  • Motosikal Concept Link ini merupakan kenderaan emisi-sifar yang datang dengan prestasi hebat serta kepintaran tahap tinggi bagi membantu para
    penunggang ketika perjalanan.
  • “BMW Motorrad Concept Link, dengan gaya yang sederhana dan tanpa batas waktu, bukanlah sekadar konsep – ianya satu simbol kepada era baru.”

Continue reading “BMW Dedahkan Skuter Elektrik Concept Link”

Penggemar Motosikal Malaysia Membuat Tunggangan Solo Sejauh 8033KM Dengan SYM VTS200

 

  • Tunggangan solo ini merentasi negara-negara Indochina sehingga ke sempadan China.
  • Perjalanan selama 16 hari ini merentas jarak sejauh 8033km dari Kuala Lumpur ke Boten.
  • Tunggangan ini dibuat menggunakan jentera SYM VTS200.

Continue reading “Penggemar Motosikal Malaysia Membuat Tunggangan Solo Sejauh 8033KM Dengan SYM VTS200”

Lelaki Jepun Mencipta Rekod Baru Dunia Untuk Wheelie Terpanjang – 500km!

  • Masaru Abe dari Jepun telah mencipta rekod dunia baru bagi wheelie terpanjang dengan 500.5322km pada 1 Mei 2017.
  • Dia menyempurnakan cubaannnya dalam masa melebihi 13 jam di atas jentera skuter Yamaha Jog 50cc.
  • Jarak itu bagaikan dia melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perlis dengan satu roda di udara sepanjang perjalanan!

Continue reading “Lelaki Jepun Mencipta Rekod Baru Dunia Untuk Wheelie Terpanjang – 500km!”

Diuji: Honda BeAT 2016

Artikel oleh Sep Irran untuk Bikesrepublic.com
Terjemahan oleh Zarul Faiz

  • Pilihan skuter yang bagus untuk pelajar serta penunggang baru
  • 8.6hp, 9.1 tork, pengalaman menyeronokkan secara keseluruhan
  • Salah satu skuter kapasiti kecil yang paling selesa berada di pasaran sekarang

Continue reading “Diuji: Honda BeAT 2016”

Ulasan: 2016 CMC Italjet 125: Kebangkitan semula nama Italjet? – RM6,996 (asas termasuk GST)

img_4999-1

Jika anda telah mengharungi zaman antara lewat 90an dan awal 2000, anda juga mungkin telah melihat atau sendiri terlibat dalam zaman kegemilangan skuter sukan atau ‘sport scooters’ yang menjadi salah satu kegilaan remaja-remaja. Pada waktu itu, jika anda membawa skuter Gilera Runner atau yang lebih hebat dan ‘rare’ iaitu Italjet Dragster, anda secara automatik dianggap hebat atau ‘cool’.

Tetapi seperti jenama-jenama dari Itali yang lain, kehangatannya semakin lama semakin berkurang menyebabkan skuter-skuter sukan dari Itali ini menjadi barang koleksi antara peminat-peminat skuter tegar. Pihak kami mendapat peluang untuk menguji jentera ini sama ada ia layak untuk diberi nama “Italjet”.

Setelah sekian lama nama ‘Italjet’ itu tersimpan dalam buku sejarah skuter sukan termasyhur, kini nama itu kembali semula dalam bentuk 2016 CMC Italjet 125 yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu.  Continue reading “Ulasan: 2016 CMC Italjet 125: Kebangkitan semula nama Italjet? – RM6,996 (asas termasuk GST)”