Cub Prix: Pusingan 6 Hujung Minggu Ini Dibatalkan

Penganjuran pusingan 6, Kejuaraan Petronas Cub Prix yang sepatutnya berlangsung hujung minggu ini telah dibatalkan. Pengesahan itu diumumkan pihak promoter, Safe Aim Mutual (SAM) dalam satu kenyataan, semalam. Keputusan itu dibuat susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 November oleh Majlis Keselamatan Negara, semalam. Bagaimanapun, penganjur memaklumkan bahawa kalendar baharu bagi musim…

Cub Prix: Fazrul Harapkan Tuah Di Batu Kawan

Pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Ahmad Fazrul Sham, mengharapkan tuah menjelang saingan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Pulau Pinang, hujung minggu ini. Fazrul menamatkan saingan di kedudukan kelima sementara rakan sepasukan, Md Shahzul Naim di tempat ke-11 di Jasin, Melaka, baru-baru ini. Bagaimanapun, Fazrul berazam untuk menaiki podium di Batu Kawan…

Mini Cub Prix KBS Dilancarkan Bagi Menyokong Pembangunan Sukan Perlumbaan Motosikal Di Peringkat Akar Umbi

Kejohanan Cub Prix Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS. Siri perlumbaan motosikal ‘pocket bike’ satu model ini adalah dengan kerjasama serta sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan. Ianya bertujuan untuk membangunkan tahap perlumbaan motosikal di peringkat akar umbi dengan bakat muda berusia 6-12 tahun.

“Satu Negeri, Satu Litar Lumba Dalam Masa 10 Tahun” – Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan pelan untuk sebuah litar lumba bagi setiap negeri dalam masa lima ke sepuluh tahun. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat pengumuman tersebut pada hujung minggu lalu sewaktu pusingan pertama Cub Prix Malaysia 2018. Projek mereka yang sedang…

Cub Prix: Kasma Daniel Memenangi Pusingan Pembukaan Malaysian Cub Prix 2018 Di Johor

Kasma Daniel Kasmayuddin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) telah memenangi pusingan pertama bagi kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2018. Litar Perlumbaan Tangkak telah menjadi medan persaingan yang hebat di antara Kasma dan penunggang di tempat ke-dua, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha CKJ). Mohd Hafiz Nor Azman (Petronas Sprinta Yamaha CKJ) melengkapkan podium CP150.

Malaysian Cub Prix: Pusingan Kedua Terakhir Di Pulau Pinang Dibatalkan Akibat Cuaca Buruk

  Pusingan ke-sembilan bagi PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2017 yang telah dijadualkan pada hari ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk yang melampau. Hujan tanpa henti selama beberapa jam dan angin yang kuat telah melanda bahagian pulau dan tanah besar negeri itu yang telah menyebabkan ramai terkandas akibat air…