MotoGP: Suzuki Ingin Mendapatkan Khidmat Juara WorldSBK Jonathan Rea Bagi Musim 2018?

 

  • Desas-desus telah tersebar mengenai usaha untuk memancing juara WorldSBK, Jonathan Rea untuk menyertai Suzuki dalam siri MotoGP.
  • Dengan prestasi penunggang utama semasa SUZUKI ECSTAR, Andrea Iannone, tidak mencapai tahap yang mereka harapkan, Dorna dan Suzuki dikatakan sedang dalam perbincangan dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Juara Dunia WorldSBK itu.
  • Sekiranya perpindahan ini berjaya, terdapat satu kemungkinan yang besar Suzuki mampu bersaing dengan pasukan pengilang dan juga menjadikan siri WorldSBK berdaya saing semula bagi penunggang-penunggang yang lain.

Continue reading “MotoGP: Suzuki Ingin Mendapatkan Khidmat Juara WorldSBK Jonathan Rea Bagi Musim 2018?”

Kalendar MotoGP 2018

 

  • Kalendar sementara bagi Kejohanan MotoGP 2018 telah pun disebarkan.
  • Thailand akan menganjurkan satu pusingan MotoGP buat pertama kalinya.
  • Musim 2018 akan bermula seminggu lebih awal dan berakhir seminggu lebih lewat dari kebiasaannya.

Continue reading “Kalendar MotoGP 2018”

MotoGP: Tito Rabat Menandatangani Perjanjian Bersama Avintia Ducati Bagi Musim 2018

  • Tito Rabat bakal berpindah ke pasukan Reale Avintia Racing bagi musim MotoGP yang berikutnya pada tahun 2018.
  • Penunggang berusia 28 tahun yang berasal dari Sepanyol itu telah mengalami satu musim yang sukar setakat ini dengan pasukan semasanya, EG 0,0 Marc VDS di atas jentera Honda.
  • Rabat akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 yang telah diperolehi Avintia Racing dari pasukan pengilang Ducati yang telah digunakan oleh Andrea Dovizioso. Continue reading “MotoGP: Tito Rabat Menandatangani Perjanjian Bersama Avintia Ducati Bagi Musim 2018”

MotoGP: Sam Lowes Kembali Ke Moto2 Bagi 2018

 

  • Penunggang pasukan pengilang Aprilia MotoGP semasa, Sam Lowes, dikatakan telah menandatangani kontrak yang bakal menyaksikan kemunculan semulanya di kelas pertengahan Moto2 bagi 2018.
  • Lowes akan berlumba bagi pasukan CarXpert Interwetten Moto2 setelah mencapai kata sepakat sewaktu GP British pada hujung minggu lalu.
  • Penunggang semasa bagi pasukan CarXpert Interwetten, Thomas Luthi, akan berhijrah ke kelas MotoGP pada tahun akan datang bagi menyertai pasukan Marc VDS bersama dengan Franco Morbidelli.

Continue reading “MotoGP: Sam Lowes Kembali Ke Moto2 Bagi 2018”

MotoGP: Thomas Luthi Menandatangani Perjanjian Bersama Marc VDS Bagi Musim 2018

 

  • Marc VDS Racing Team telah memilih Thomas Luthi sebagai penunggang kedua mereka bagi musim 2018.
  • Penunggang berusia 30 tahun dari Switzerland itu akan berhijrah ke MotoGP pada musim hadapan bersama dengan seteru semasanya dalam Moto2, Franco Morbidelli.
  • Kedua-dua Luthi dan Morbidelli berada di tempat teratas dalam kejohanan dunia Moto2 2017 dengan hanya 26 mata membezakan kedua-dua orang penunggang ini.

Continue reading “MotoGP: Thomas Luthi Menandatangani Perjanjian Bersama Marc VDS Bagi Musim 2018”

MotoGP: Karel Abraham Kekal Bersama Pull&Bear Aspar Team Untuk Tahun 2018

 

 

  • Kedua-dua tempat bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team bagi musim 2018 telah disahkan setelah pengumuman mereka menandatangani Karel Abraham untuk satu lagi musim bersama pasukan MotoGP berkenaan.
  • Kemunculan semula Abraham di grid MotoGPtelah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat setakat ini dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa berada di dalam kedudukan 10 teratas serta satu permulaan perlumbaan di barisan hadapan buat penunggang berusia 27 tahun dari Republik Czech ini.
  • Abraham akan meneruskan usaha dalam MotoGP pad musim hadapan bersama dengan teman sepasukan semasanya yang berasal dari Sepanyol, Alvaro Bautista.

Continue reading “MotoGP: Karel Abraham Kekal Bersama Pull&Bear Aspar Team Untuk Tahun 2018”

MotoGP: Takaaki Nakagami Diumumkan Sebagai Penunggang Kedua LCR Honda Bagi Musim 2018

 

  • Takaaki Nakagami telah pun diumumkan sebagai penunggang terbaru yang akan menyertai MotoGP musim 2018 dan akan bersaing dengan pasukan LCR Honda.
  • Penunggang berusia 25 tahun dari Jepun itu telah menandatangani kontrak bagi tahun 2018 sebagai penunggang di bawah kontrak HRC dan akan bertanding di samping teman sepasukannya, Cal Crutchlow.
  • Dengan LCR Honda akhirnya telah berjaya mendapatkan tempat bagi penunggang keduanya, grid MotoGP kini telah muktamad dengan 24 orang penunggang.

Continue reading “MotoGP: Takaaki Nakagami Diumumkan Sebagai Penunggang Kedua LCR Honda Bagi Musim 2018”

Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!

 

  • Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini.
  • Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan.
  • Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa masuk tajaan persendirinnya berjumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Ducati MotoGP 2018 itu.

Continue reading “Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!”