Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

 

  • Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini.
  • Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta ‘wildcard’ bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada minggu hadapan.
  • Kasma mendahului kejohanan kelas premier CP150 dengan 100 mata; 17 mata di hadapan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha – CKJ).

Continue reading “Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc”

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

  • Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge.
  • 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017.
  • Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di Jasin, Melaka.

Continue reading “Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!”

Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)

 

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia.
  • Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih.
  • Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) ini dinilai pada harga RM10,500 (asas beserta GST) dan akan tersedia dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)”

MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail

 

  • MotoWorld Malaysia akan menjalankan satu inisiatif bagi bulan Ramadan ini untuk Allahyarham Norizman Ismail, penunggang Malaysian Cub Prix yang telah terkorban.
  • Sebahagian daripada pendapatan jualan keseluruhan dari sekarang hingga ke Hari Raya nanti akan disalurkan ke keluarga Norizman untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri.
  • MotoWorld Malaysia juga akan menyediakan satu tabung sumbangan di kedai mereka yang terletak di Petaling Jaya bagi mereka yang ingin menderma secara terus ke keluarga Norizman.

Continue reading “MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail”

Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?

  • Dengan lebih ramai penunggang-penunggang dari Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa di seluruh dunia, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah penunggang GP pertama Malaysia.
  • Terdapat ramai warga Malaysia yang telah bertanding di perlumbaan GP nasional dan juga serantau semenjak tahun 60-an hingga 80-an, seperti pelumba legenda Oh Kah Beng dikenali sebagai “Foreman Oh” dan Kuan Huah Chin dikenali sebagai “Bulldog Kuan”.
  • Penunggang GP moden pertama tidak lain dan tidak bukan, Shahrol Yuzy, yang memulakan kerjaya GP antarabangsanya pada tahun 1996 dan bersara pada tahun 2002.

Continue reading “Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?”

Cub Prix: OD Racing menandatangani Izam Ikmal Izamli di bawah kategori ‘Wira’

 

 

  • Penunggang berusia 15 tahun Izam Ikmal Izamli sedang bertanding dalam Petronas AAM Malaysian Cub Prix dan KTM RC Cup untuk tahun 2017
  • Upacara penandatanganan rasmi telah diadakan sebelum pelancaran rasmi kereta GT3 baru pasukan perlumbaan itu dan para pemandunya untuk siri
    perlumbaan tahun ini

Continue reading “Cub Prix: OD Racing menandatangani Izam Ikmal Izamli di bawah kategori ‘Wira’”

Malaysian Cub Prix 2017,Tangkak Johor: Kasma dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Menang Kali Kedua berturut-turut

KASMA BERSEDIA UNTUK KE SEPANYOL
SH: Juarai perlumbaan CP150 buat kali kedua berturut-turut

Bintang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia 17 tahun itu mudah melepasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’14.809s, tujuh saat dihadapan pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15’20.996s.   Continue reading “Malaysian Cub Prix 2017,Tangkak Johor: Kasma dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Menang Kali Kedua berturut-turut”

Malaysian Cub Prix 2017: Hafieenaz Buru Aksi Terbaik Bersama Pasukan Baharu

Mohd Hafieenaz Mohd Ali tekad untuk kembali ke prestasi terbaik untuk memberikan cabaran dalam perlumbaan kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang memasuki pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak, Johor, pada 24 dan 25 Mac ini.

Hafieenaz yang kini membawa cabaran WL Motorsports Racing mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan pusingan pertama di Temerloh di tangga keempat untuk mengumpul 13 mata kejuaraan setelah aksi kurang memberangsangkan sepanjang musim 2016.

Pelumba berusia 31 tahun itu merupakan antara pelumba yang dilihat berupaya memberikan cabaran sengit pada peringkat awal kemunculannya bersama pasukan Raceline meskipun dibayangi rakan sepasukan yang begitu menyerlah ketika itu, Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun pasukan Raceline membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada bintang mereka, Hafizh Syahrin, Hafieezan beralih ke pasukan AHM pada tahun 2011 dan menamatkan saingan diantara 10 pelumba terbaik ketika itu.

Hafieenaz menerima nasib serupa apabila pasukan AHM memutuskan hanya beraksi dalam kelas CP130 untuk memberi tumpuan penuh terhadap Mohd Ramdan Rosli yang beralih ke saingan di Sepanyol.

Sepanjang tempoh enam tahun menyaksikan prestasi turun naik dalam karier Hafieenaz. “Beraksi bersama pasukan besar sudah tentu banyak perbezaan dengan pasukan kecil ataupun persendirian. Segalanya lengkap dari segi persediaan, kemudahan dan alat ganti. Bila bersama pasukan kecil, perbelanjaan dan kemudahan agak terbatas,” jelas Hafieenaz yang beraksi secara persendirian dalam kategori CP115 pada musim lepas.

Situasi berbeza buat Hafieenaz pada musim ini apabila menerima tawaran daripada pasukan baharu, WL Motorsports Racing dan dia percaya mampu untuk beraksi dengan lebih baik pada tahun ini.

Continue reading “Malaysian Cub Prix 2017: Hafieenaz Buru Aksi Terbaik Bersama Pasukan Baharu”

Malaysian Cub Prix Perkenal Penalti Salah Laku di Litar

Melihat kepada persaingan yang semakin sengit dikalangan pelumba, satu bentuk hukuman penalti ke atas kesalahan salah laku pelumba ketika di litar mula diperkenalkan oleh promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi meningkatkan mutu dan semangat kesukanan dikalangan pelumba bermula saingan musim 2017 ini.   Continue reading “Malaysian Cub Prix Perkenal Penalti Salah Laku di Litar”