Kawasaki Versys X-250 – Motosikal Kembara Paling Mampu Milik Buat Penunggang Baru?

 

 

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menawarkan keseronokan permotosikalan kembara pada harga yang hebat.
  • Ia juga direka dengan ciri-ciri penunggangan kembara.
  • Ianya sudah pasti menarik minat bukan sahaja penunggang-penunggang baru, malahan para penunggang yang berkemahiran.

Continue reading “Kawasaki Versys X-250 – Motosikal Kembara Paling Mampu Milik Buat Penunggang Baru?”

Jelajah Tunggang Uji Kawasaki – Always Close To You

  • Jelajah Tunggang Uji Kawasaki “Always Close To You” akan berada di Plaza Angsana, Johor Bahru dari 22 hingga 24 September 2017.
  • Tunggang ujilah motosikal Kawasaki terkini seperti Versys-X 250, Versys 650 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Z900 Special Edition (ABS).
  • Pemilik motosikal Kawasaki boleh mendapatkan khidmat selenggaraan daripada kakitangan Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) yang terlatih.

Continue reading “Jelajah Tunggang Uji Kawasaki – Always Close To You”

Sebab-Sebab Utama Mengapa Kami Amat Menyukai Kawasaki Versys-X 250

 

 

  • Motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017 yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini telah dikenali sebagai salah sebuah motosikal kembara yang paling mampu dimiliki berada di pasaran sekarang.
  • Pilihan yang amat unik ini telah mengisi keperluan yang sentiasa meningkat bagi segmen motosikal kembara berkapasiti kecil yang sedang mendapat permintaan yang besar.
  • Dinilai pada harga yang amat berpatutan iaitu RM23,789 (harga asas beserta GST), jentera dwi-sukan pelbagai fungsi ini memberikan keriangan yang hebat di atas jalan raya berturap mahu pun bertanah merah tidak mengira keadaan penunggangan.

Continue reading “Sebab-Sebab Utama Mengapa Kami Amat Menyukai Kawasaki Versys-X 250”

Jelajah Kawasaki “Always Closer to You” Menggegarkan Pasir Gudang, Johor

 

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah membuat hentian kedua di Pasir Gudang,Johor sebagai sebahagian daripada jelajah Kawasaki “Always Closer to You” pada hujung minggu yang lalu.
  • Lebih daripada 2,500 pengunjung telah menghadiri jelajah ini bagi menyertai acara-acara jelajah ini terutamanya sesi tunggang uji bagi ke semua model motosikal Kawasaki yang terbaru.
  • Orang ramai dari sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru telah diberikan peluang bagi menunggang uji ke semua motosikal bermula daripada motosikal ‘pit’ Z125 yang menyeronokan sehinggalah model yang cukup gah berkuasa, Z900 ABS 2017.

Continue reading “Jelajah Kawasaki “Always Closer to You” Menggegarkan Pasir Gudang, Johor”

Model  Kawasaki 2018 Bakal Menerima Warna Baru!

 

 

  • Sesetengah model Kawasaki 2018 akan mendapat pengubahsuaian rupa paras dengan beberapa warna baru yang menarik.
  • Model-model ini terdiri daripada Kawasaki Z1000, Z1000SX, Versys 650, Vulcan S, Vulcan S CAFÉ, dan juga Versys-X 250/300.
  • Warna baru 2018 akan tersedia untuk pasaran Eropah dalam beberapa peringkat bermula dari bulan Oktober tahun ini.

Continue reading “Model  Kawasaki 2018 Bakal Menerima Warna Baru!”

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan satu rumah terbuka Hari Raya yang istimewa pada hari Sabtu dirancang khas untuk meraikan anak-anak yatim serta seluruh warga Kawasaki.
  • Kakitangan, rakan taulan, serta keluarga ahli Kawasaki Owners Group Malaysia semuanya telah menghadiri acara meriah ini yang telah diadakan di Dewan Angkasaraya berdekatan dengan pangkalan udara TUDM, Sungai Besi.
  • Selain daripada makanan yang lazat, aktiviti yang menyeronokkan serta teman yang hebat, KMSB juga turut menyediakan satu sesi tunggang uji istimewa bagi mereka yang berminat untuk mencuba Kawasaki Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Versys-X 250.

Continue reading “Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim”

Barangan Yoshimura TERBARU Untuk Kawasaki Versys-X 250/300 2017

 

  • Motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017 telah mendapat beberapa kelengkapan yang dinaiktaraf yang menggiurkan dari pengeluar produk selepas jualan yang dikenali ramai, Yoshimura.
  • Mereka telah muncul dengan ekzos Yoshimura R-77 yang serba baru yang 1.8kg lebih ringan dan ianya juga membantu meningkatkan lagi kuasa dan tork keseluruhan motosikal itu.
  • Yoshimura juga telah mengeluarkan sebuah Fender Eliminator Kit yang baru untuk Kawasaki Versys-X 250/300 bagi memberikannya tarikan perlumbaan yang tetap rapi.

Continue reading “Barangan Yoshimura TERBARU Untuk Kawasaki Versys-X 250/300 2017”

Motosikal-Motosikal Kembara Termurah Di Malaysia

  • Arena penunggangan kembara semakin pesat membangun di Malaysia dan sesetengah pihak tertanya-tanya apakah antara motosikal kembara yang termurah boleh didapati di negara kita.
  • Dengan begitu banyak pilihan meliputi berbagai spesifikasi dan juga jenama, kami telah menyenaraikan lima daripada pilihan mampu milik terbaik untuk memenuhi keperluan penunggangan kembara anda.
  • Antaranya adalah Keeway TX200G 2016, Kawasaki Versys-x 250 2017, Benelli TRK 502 2017, Honda CB500X 2016 dan BMW F700GS 2016.

Continue reading “Motosikal-Motosikal Kembara Termurah Di Malaysia”

Roadshow Pandu Uji Kawasaki Menggegarkan Stadium Melawati, Shah Alam

 

 

 

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah memulakan roadshow pandu uji Kawasaki dinamakan roadshow “Always Closer to You”.
  • Ribuan penggemar dan peminat Kawasaki telah menghadiri roadshow pertama mereka bagi 2017 di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati yang terletak di Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu.
  • Hadirin telah mendapat peluang untuk memandu uji beberapa model Kawasaki termasuklah kesemua model terkini 2017; Z900ABS,Z650 ABS. Ninja 650 ABS dan Versys-X 250.

Continue reading “Roadshow Pandu Uji Kawasaki Menggegarkan Stadium Melawati, Shah Alam”