2017 Kawasaki Z650 – 68hp dari 2-silinder

2017-kawasaki-z650-01

Kawasaki meneruskan usaha mereka untuk memikat hati pengguna jentera roda dua di seluruh dunia dengan mengemaskini model-model popular mereka dan kali ini, mari kita lihat pula pada jentera dari siri Z iaitu Kawasaki Z650.

Continue reading “2017 Kawasaki Z650 – 68hp dari 2-silinder”

2017 Kawasaki Ninja 650 – asas dari ER-6f

Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal. Continue reading “2017 Kawasaki Ninja 650 – asas dari ER-6f”

2017 Kawasaki Z900 – legasi Z800 pada 125.4PS

Kawasaki akan menerima jentera naik taraf Z800 pada November ini di Milan dengan hadirnya Z900.

Kawasaki Z900 merupakan jentera yang dikuasakan dengan enjin 948cc yang mampu menjana 125.4PS yang semestinya sudah cukup untuk jentera seberat 210.5kg (atau 208.5 tanpa ABS). 

Pengenalan Z900 adalah sesuatu yang mengujakan kerana siri Z dari Kawasaki biasanya hadir dengan tanda harga yang sangat berbaloi. Lihat saja jentera Z800 dimana harganya pada masa ia diperkenalkan adalah RM47k+, hampir separuh harga dari jentera berkuasa 800cc dari jenama lain.

Siri Z adalah jentera untuk jalanan (street naked) yang mempunyai enjin terdedah dengan rangka yang kelihatan ‘raw’.

Tidak mustahil untuk melihat model ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun hadapan kerana Kawasaki Malaysia Sdn Bhd sangat agresif dengan pemasarannya. Ninja H2 pun dibawa masuk, inikan pula Z900. Tetapi ini sekadar pendapat peribadi saya saja ya.

Tamiya memperkenalkan model skala 1/12 Kawasaki Ninja H2R di USA

Syarikat pembuat model skala replika, Tamiya, memperkenalkan model 1/12 untuk Kawasaki Ninja H2R. 

Peminat dan pengumpul model skala motosikal ini pastinya tertunggu-tunggu untk mendapatkan model ini. Setakat ini hanya ada di USA dan tidaklah kami dapat lagi maklumat mengenai harganya.

Kawasaki Ninja H2 hadiah utama Peraduan Kawasaki Hari Malaysia 2016

kawasakih2-win

Kawasaki Malaysia menawarkan hadiah utama berupa Kawasaki Ninja H2 untuk pembeli Z800 atau ER-6n atau ER-6f sehingga 31 Disember 2016 dalam Peraduan Kawasaki Hari Malaysia 2016. Pada mula mendapat berita ini, kami juga tidak berapa percaya, kemudian, kami telah menghubungi pihak Kawasaki dan sah, peraduan ini adalah benar.

Sesiapa yang sedang terfikir untuk mendapat motosikal dalam kategori 600cc – 800cc, mungkin inilah masanya untuk anda mendapatkannya dan berpeluang mendapatkan Kawasaki Ninja H2 (bernilai RM153k).

Dapatkan maklumat lebih lanjut disini: https://www.instagram.com/p/BKJAyuBDSFo