Kawasaki umumkan harga untuk Z900 ABS 2017 – ABS Standard RM49,158(asas), Edisi Khas ABS RM50,959(asas)

 

 

 

 

  • RM49,158 bagi Z900 ABS Standard
  • RM50,959 untuk Edisi Khas Z900 ABS

Continue reading “Kawasaki umumkan harga untuk Z900 ABS 2017 – ABS Standard RM49,158(asas), Edisi Khas ABS RM50,959(asas)”

2017 Kawasaki Z900 ABS Standard/SE di Malaysia – 125PS Sugomi – RM58k (spesifikasi lengkap disertakan)

KAWASAKI Z900 ABS: KEASLIAN TERSERLAH

The Kawasaki Z900 baru adalah ahli terbaru dalam keluarga Z yang ikonik. Gabungan gaya agresif “Z Supernaked” dan reka bentuk sugomi elemen Z900 dengan elegan, rekabentuk fizikal yang menarik dan keterampilan enjin yang padat. Dengan hanya sekali pandang, anda akan jatuh cinta. Elemen reka bentuk sugomi utama, seperti dalam posisi ” ingin menyerang” – kedudukan kepala yang rendah dan bahagian ekornya yang melentik, memberi Z900 bayangan yang berbeza. Meletakkan dirinya lebih dikenali sebagai model “Z Supernaked”. Penampilan tegap ini ditekankan oleh rekaan tirus, rupa bentuk fizikal yang menampakkan imej ringan, tangkas dan mencerminkan prestasi sporty. Sebagai motosikal yang memenuhi keperluan pelbagai penunggang dan berprestasi tinggi, Z900 baru pasti akan mengujakan.   Continue reading “2017 Kawasaki Z900 ABS Standard/SE di Malaysia – 125PS Sugomi – RM58k (spesifikasi lengkap disertakan)”

Galeri Gambar Rasmi: 2017 Kawasaki Versys-X 250 di Malaysia – RM25k

KAWASAKI VERSYS – X 250: SEBARANG JALAN, BILA BILA MASA.
Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menggabungkan gaya motosikal pengembaraan besar dengan jentera touring yang kecil. Versys-X adalah satu model “touring” yang berkebolehan untuk digunakan pada sebarang permukaan jalan/laluan dengan prestasi model-model Versys daripada Kawasaki sebelum ini yang berkeupayaan digunakan di atas jalan yang tidak berturap. Motosikal ini didatangkan dengan penyerap hentakan yang panjang, “handle bar” yang lebar dan kedudukan pelana yang rendah, kebolehan prestasi sebuah jentera silinder berkembar manakala aksesori tulen yang memenuhi kehendak pengembaraan atau keperluan berulang-alik dalam bandar. Menyedari keperluan untuk motosikal dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan apa-apa pelbagai jalan raya di Malaysia, Kawasaki telah memilih untuk mereka bentuk motosikal yang boleh menangani memenuhi ini – Versys-X 250.   Continue reading “Galeri Gambar Rasmi: 2017 Kawasaki Versys-X 250 di Malaysia – RM25k”

Galeri Gambar Rasmi: Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 di Malaysia – jentera 68PS 2-silinder – RM38k (spesifikasi penuh disertakan)

Keseimbangan dan menarik, Kawasaki Ninja 650 serba baru ini mempunyai enjin berkembar selari 650cc dengan tumpuan julat rendah-pertengahan yang kuat dan pakej casis ringan dan tirus serta jentera kelas kuasa bagi kategori model kuasa pertengahan. Rekaan yang menguatkan imej keluarga Ninja mencerminkan ciri yang sangat anggun serta menyediakan pilihan alternatif kepada penunggang yang lebih gemarkan motosikal berfairing penuh.   Continue reading “Galeri Gambar Rasmi: Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 di Malaysia – jentera 68PS 2-silinder – RM38k (spesifikasi penuh disertakan)”

Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)

Kawasaki Malaysia membawakan kepada rakyat Malaysia 4 jentera yang amat ditunggu-tunggu untuk 2017 ini iaitu Versys-X 250, Z650, Ninja 650 dan Z900. Kesemua model ini adalah model baru yang telah diperkenalkan pada EICMA, Milan, hujung 2016 lalu.

2017 Kawasaki Versys-X 250

Versys-X 250 merupakan jentera 250cc berkonsep kembara yang mengambil asas dari jentera Z250 dan Ninja 250. Saiznya yang tinggi membolehkan anda menunggang Versys-X 250 dalam apa jua keadaan jalan dan mungkin juga meredah hujan dan lopak akibat banjir.


Continue reading “Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)”