Diuji: Honda Wave Dash Fi 2017 (Edisi R) – “Wonder Boy” Honda

 

  • Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Wave Dash Fi 2017 yang telah dikemaskini untuk memenuhi keperluan generasi muda dengan gayanya yang dikemaskini dan juga prestasi yang menjimatkan.
  • Wave Dash Fi yang baru ini telah dikemaskinikan dengan grafik bersama dengan panel meter baru beserta dengan penutup peredam bunyi baru yang sporty yang memberikannya rupa yang lebih sporty.
  • Enjinnya telah dinaiktaraf dan ditala untuk prestasi lebih baik, penggunaan dan kecekapan bahanapi yang telah diperakui dengan Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan juga patuh Euro3.

Continue reading “Diuji: Honda Wave Dash Fi 2017 (Edisi R) – “Wonder Boy” Honda”

Ulasan: 2016 Honda Wave Dash vs Honda Wave Alpha review

 

Wave-Dash-vs-Wave-Alpha

Minggu ini, kami dapat peluang untuk membandingkan dua moped keluaran Boon Siew Honda untuk tahun 2016 iaitu Honda Wave Alpha dan juga Honda Wave Dash FI (Fuel Injection).

Pihak kami telah diberi peluang untuk mencuba kedua-dua jentera ini untuk beberapa hari dan jangkaan awal saya sedikit berbeza di hujung sesi uji pandu jangka panjang untuk kedua-dua motor ini.

Honda Wave Alpha ini telah dilancarkan pada November tahun lepas dengan reka bentuk yang telah dikemaskinikan dari model Wave 110 sebelum ini. Moped sukan Wave Dash FI pula yang dilancarkan pada Januari lalu adalah untuk menggantikan Wave Dash model lama keluaran Boon Siew Honda.

Pada tanggapan awal bagi kedua-dua motor ini dan juga spesifikasi masing-masing, Honda Wave Dash FI merupakan moped yang lebih baik TETAPI setelah menguji kedua-dua jentera, minat saya lebih kepada Honda Wave Alpha. Pelik tetapi benar.  Continue reading “Ulasan: 2016 Honda Wave Dash vs Honda Wave Alpha review”

Honda Wave Dash 110 PGM-FI (2016) dilancarkan di Malaysia – S RM5,299, R RM5,549 dan Repsol RM5,699

2016-Honda-Wave-Dash-PGM-FI-001

Honda mengemaskini Wave Dash dengan menukarkan sistem karburetor kepada sistem suntikan bahanapi untuk 2016. Wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini menerima peningkatan dengan lampu hadapan berkembar dan lampu isyarat yang lebih besar pada bahagian reraup. Pada pandangan kasar, wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini ada menyamai model Honda Future.  Continue reading “Honda Wave Dash 110 PGM-FI (2016) dilancarkan di Malaysia – S RM5,299, R RM5,549 dan Repsol RM5,699”