Perbandingan Spesifikasi: 2016 Honda RS150R dengan 2017 Benelli RFS150i

2016 Honda RS150R

vs

2017 Benelli RFS150i
Model / Comparison 2016 Honda RS150R / Supra GTR150
2017 Benelli RFS150i
Bore x stroke 57.3 x 57.8 mm 57 x 58.7 mm
Displacement 149.16 cc 149.8 cc
Cam system DOHC 4-valve, liquid-cooled, 4-stroke SOHC 4-valve, liquid-cooled,

4-stroke, 3-spark

CDI DC-CDI with single mapping  

TLI

Power (kW) 11.5kW (15.6PS) (9,000rpm) 11.3kW, 15.5hp @ 8,500RPM

Continue reading “Perbandingan Spesifikasi: 2016 Honda RS150R dengan 2017 Benelli RFS150i”

Kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017: RS150R lwn Y15ZR

Peraturan Teknikal Akan Diperbaiki Bagi Memastikan Persaingan Sengit Dan Mencabar

Persaingan diantara dua jentera Supercub, Honda RS150R dan Yamaha 15ZR dalam kategori CP150 dijangka menjadi perhatian menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 4 dan 5 Mac ini.

Dalam sesi ujian pra-musim yang berlangsung di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) baru-baru ini, prestasi kedua-dua jentera ini agak seimbang dengan tujuh pelumba terpantas mencatat masa yang tidak jauh berbeza.

Pendatang baharu kelas perdana, Onexox TKKR Racing, mengungguli sesi apabila naib juara kelas Wira 2016, Md Helmi Azman muncul pelumba terpantas dengan catatan 1’02.535s diikuti juara CP130 2017, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang mencatat masa 1’02.624s.   Continue reading “Kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017: RS150R lwn Y15ZR”

Ulasan: 2016 Honda RS150R – pandangan pertama kapcai premium dari Boon Siew Honda

MM_Honda_RS150R_test-ride_On_track-4

Boon Siew Honda telah menganjurkan sesi pandu uji keluaran terbaru mereka iaitu  2016 Honda RS150R untuk pihak media pada Sabtu lepas ketika Pusingan ke-5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2016 berlangsung di Teluk Intan, Pahang Perak. Pihak kami telah mendapat peluang keemasan untuk mencuba motor kapcai premium 150cc pertama dari Honda yang telah dilancarkan Jun lepas.

Nota: Artikel ini 100% ditulis oleh ahli baru – Sep Irran Halid   Continue reading “Ulasan: 2016 Honda RS150R – pandangan pertama kapcai premium dari Boon Siew Honda”

Kit prestasi dan aksesori untuk Honda RS150R dari Racing Boy

Honda-RS150R-Racing-Boy

Racing Boy kini mengeluarkan kit prestasi dan aksesori untuk dimuatkan kepada Honda RS150R yang telah diperkenalkan di Malaysia pada 13 Jun 2016.

Kit prestasi dan aksesori tersebut adalah:
1. S Series Forged Brake Caliper
2. 295-2 Series Brake Disc
3. S Series Floating Brake Caliper  Continue reading “Kit prestasi dan aksesori untuk Honda RS150R dari Racing Boy”

2016 Honda RS150R dilancarkan di Malaysia – RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST)

RS150R-repsolAkhirnya tiba juga jentera moped 150cc daripada Honda ini ke Malaysia. Honda RS150R ini bakal menjadi saingan kepada dominasi Yamaha selama ini dengan Y15ZR. Wujudnya persaingan seperti ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga pengeluar akan mula meningkatkan kualiti untuk memenangi hati anda semua. Salah satu perkara pertama yang Boon Siew Honda telah buat dengan betul adalah dengan memberikan nama yang cukup sesuai kepada model ini, RS150R. Senang disebut dan nampak gah.

Honda RS150R mengekalkan spesifikasi yang sama dengan model Honda Winner 150 di Vietnam atau Honda Supra GTR 150 di Indonesia cuma kali ini terdapat lampu isyarat terpisah pada bahagian belakang. Moped berkuasa 150cc ini datang dengan konfigurasi DOHC beserta suntikan bahanapi teknologi PGM-FI yang cukup sinonim dengan Honda. Jika dibandingkan dengan Yamaha Y15ZR yang hadir dengan 5 gear kelajuan, Honda RS150R pula hadir dengan 6 gear kelajuan yang sangat digemari untuk penunggang yang menginginkan kawalan kuasa secara optimum samada ingin lebih pikap atau lebih lajak.  Continue reading “2016 Honda RS150R dilancarkan di Malaysia – RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST)”