MotoGP: Cal Crutchlow Menandatangani Perjanjian Dua Tahun Baru Dengan HRC

  • Cal Crutchlow telah menandatangani perjanjian MotoGP dengan HRC selama dua tahun untuk kekal bersama pasukan LCR Honda bagi musim 2018 dan juga 2019.
  • Kontrak serba baru dengan HRC ini akan menaikkan status Crutchlow kepada penunggang pengilang yang akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada HRC dan juga semestinya, jentera Honda RC213V yang terkini.
  • Penunggang British berusia 31 tahun itu telah memperolehi dua kemenangan dan empat penamat di atas podium setakat ini untuk musim 2017, dan pada masa yang sama membantu pasukan pengilang Honda dalam pembangunan motosikal perlumbaan Honda yang masih liar itu.

Continue reading “MotoGP: Cal Crutchlow Menandatangani Perjanjian Dua Tahun Baru Dengan HRC”

Cara Terbaik Untuk Mengurangkan Kesesakan Trafik – Tunggangi Motosikal!

Sumber imej: Hype MY

 

 

  • Menurut laporan kajian tentang kesesakan jalan raya dari Belgium baru-baru ini, cara yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan trafik terutamanya ketika waktu puncak adalah dengan menukar satu per empat daripada pemandu kereta menjadi penunggang motosikal.
  • Kajian ini menyatakan bahawa hampir separuh, atau jumlah sebenarnya pada 40%, daripada kesesakan trafik dapat dikurangkan sekiranya 10% daripada pemandu kereta bertukar kepada motosikal.
  • Angka ini juga menunjukkan bahawa yang ianya dapat meningkatkan ruang parkir sebanyak 20% dan mengurangkan stress, masa yang terluang di atas jalan, dan kemungkinan yang lebih tinggi untuk hadir ke tempat kerja tanpa tekanan.

Continue reading “Cara Terbaik Untuk Mengurangkan Kesesakan Trafik – Tunggangi Motosikal!”

WorldSBK: Pelumba Berusia 24 Tahun Jake Gagne Mengisi Tempat Nicky Hayden Di Laguna Seca

Jake Gagne (Sumber imej: MotoAmerica)

 

  • Pusingan WorldSBK yang berikutnya di Litar Laguna Seca yang ikonik akan menyaksikan Jake Gagne, pesaing dalam siri MotoAmerica berusia 24 tahun sebagai pengganti bagi mendiang Nicky Hayden.
  • Gagne yang merupakan bekas juara Red Bull Rookies Cup dan AMA Superstock 1000 telah dipilih oleh Red Bull Honda World Superbike Team kerana pengalaman meluasnya dengan jentera Honda.
  • Pusingan Geico Amerika Syarikat akan diadakan bermula dari 7 hingga 9 Julai 2017 di mana pasukan Red Bull Honda akan bersaing dengan kekuatan penuh bersama Gagne dan Stefan Brandl.

Continue reading “WorldSBK: Pelumba Berusia 24 Tahun Jake Gagne Mengisi Tempat Nicky Hayden Di Laguna Seca”

Diuji: Honda Wave Dash Fi 2017 (Edisi R) – “Wonder Boy” Honda

 

  • Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Wave Dash Fi 2017 yang telah dikemaskini untuk memenuhi keperluan generasi muda dengan gayanya yang dikemaskini dan juga prestasi yang menjimatkan.
  • Wave Dash Fi yang baru ini telah dikemaskinikan dengan grafik bersama dengan panel meter baru beserta dengan penutup peredam bunyi baru yang sporty yang memberikannya rupa yang lebih sporty.
  • Enjinnya telah dinaiktaraf dan ditala untuk prestasi lebih baik, penggunaan dan kecekapan bahanapi yang telah diperakui dengan Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan juga patuh Euro3.

Continue reading “Diuji: Honda Wave Dash Fi 2017 (Edisi R) – “Wonder Boy” Honda”

2017 Honda PCX (RM11,658.94) dan NSS300 (RM30,727.28) dengan warna Biru Gula-gula Laut Caribbean

2017 Honda PCX 150 (Biru Gula-gula Laut Caribbean)

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini telah melancarkan NSS300 premium serba barunya skuter saiz pertengahan dan Honda PCX “Smart in Blue” yang dikemaskini dalam kategori skuter keupayaan tinggi sebagai jentera mewah, komuter harian tunggangan mudah yang mencampurkan prestasi tangkas dengan ciri-ciri menarik. Kedua-dua model bertujuan untuk memberi pengalaman menunggang premium terbaik kepada semua peminat skuter Malaysia.  

Continue reading “2017 Honda PCX (RM11,658.94) dan NSS300 (RM30,727.28) dengan warna Biru Gula-gula Laut Caribbean”

Diuji: Honda Wave Alpha MMC 2017 – Motosikal Rakyat Generasi Seterusnya

 

  • Honda Wave Alpha MMC 2017 adalah satu keseimbangan antara prestasi, keboleharapan, dan keselesaaan dalam satu pakej yang berpatutan.
  • Didatangkan dengan rupa dan prestasi yang diperbaharui, motosikal Wave Alpha ini adalah pilihan yang sesuai untuk penunggang generasi terkini yang mencarikan sesuatu yang bergaya untuk perjalanan mereka.
  • Wave Alpha MMC ini juga adalah Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan telah diperakui Euro3 bagi mereka yang ingin menjaga alam sekitar.

Continue reading “Diuji: Honda Wave Alpha MMC 2017 – Motosikal Rakyat Generasi Seterusnya”

Honda EX5 Dream Fi Terbaru 2017 – The Joy of 30 Years! (Dari RM4,906)

  • Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda EX5 Dream Fi 2017 terbaru bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-30 dengan cogan kata “The Joy of 30 Years”.
  • Honda EX5 Dream Fi terbaru ini selaras dengan peraturan emisi Euro3 menjadikannya sebuah motosikal cub yang baik untuk alam sekitar.
  • Harga bagi EX5 Dream Fi yang baru ini ditetapkan pada RM4,906.74 ( penghidup tendang, roda jejari), RM5,150.54 (penghidup tendang dan elektrik, roda jejari), dan RM5,404.94 (penghidup tendang dan elektrik, roda tempa).

Continue reading “Honda EX5 Dream Fi Terbaru 2017 – The Joy of 30 Years! (Dari RM4,906)”

Boon Siew Honda Pratonton Tiga Model Baru Akan Datang – Rebel 500, CRF250L & CRF250 Rally

 

 

  • Boon Siew Honda telah membuat pratonton beberapa motosikal yang cukup mengujakan semalam, termasuk Rebel 500, CRF250L, dan CRF250 Rally 2017.
  • Tambahan terbaru ini telah dipratontonkan bersama beberapa model yang diperkemaskini seperti skuter NSS300, CBR250R, dan rangkaian 500cc dan 650.
  • Ketiga-tiga motosikal terkini ini akan boleh didapati dalam suatu masa dalam bulan Ogos tahun ini dalam jangka harga antara RM25,000 hingga RM35,000.

Continue reading “Boon Siew Honda Pratonton Tiga Model Baru Akan Datang – Rebel 500, CRF250L & CRF250 Rally”

2017 Honda MSX125 dengan warna dan grafik baru – RM11,128.94 (asas termasuk GST)

Boon Siew Honda (BSH) mengemaskini jentera MSX125 yang genit untuk menarik minat lebih ramai pengguna. Kali ini, BSH mempertaruhkan warna yang segar termasuk warna merah jambu ini yang sangat sesuai dipadankan dengan tudung dari Instagram (untuk perempuan la ye).   Continue reading “2017 Honda MSX125 dengan warna dan grafik baru – RM11,128.94 (asas termasuk GST)”