FIM Telah Mengemukakan Petisyen Kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Untuk Menyertakan Acara Trial-E

FIM sedang melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menyertakan acara penunggangan Trial-E. Para penunggang motosikal trial adalah atlit yang mempunyai berkebolehan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka untuk mengatasi sebarang halangan. Jika diterima, acara Trial-E akan menjadi sukan permotoran yang pertama dalam Kejohanan Olimpik Paris 2024.

Kalendar ARRC Musim 2019 Diumumkan – Pusingan baharu Di Korea Selatan!

Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.