MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019

Jentera Mugen Shinden Roku Elektrik Sepenuhnya untuk Isle of Mann TT Zero

Menurut laporan The Verge, Carmelo Ezpeleta, CEO syarikat yang menguruskan MotoGP menyatakan kepada Motorsport.com bahawa kemungkinan pada 2019 akan menyaksikan siri perlumbaan sokongan MotoGP dengan jentera elektrik sepenuhnya.

Empat pengeluar telah mengesahkan minat mereka untuk menyertai siri ini, menurut Ezepeleta. Kelajuan maksimum jentera elektrik ini adalah dalam 124mph (199kmh) dengan 10 pusingan.   Continue reading “MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019”

KTM Duke Janaan-Elektrik Sedang Dalam Pembangunan

 

  • Menurut laporan oleh MCN, sebuah KTM Duke janaan-elektrik sedang dalam usaha pembangunan oleh pengeluar Austria itu.
  • Gambar intipan telah tersebar di atas talian dengan jelas menunjukkan sebuah KTM 390 Duke dengan apa yang kelihatan seperti sebuah kotak berbentuk petak dalam casisnya yang berkemungkinan adalah perumah unit bateri.
  • KTM telah pun terlibat dalam pengeluaran ‘dirt bike‘ elektrik untuk suatu masa sekarang dengan rangkaian E-Ride seperti Freeride E-SX, E-SM, dan E-XC.

Continue reading “KTM Duke Janaan-Elektrik Sedang Dalam Pembangunan”

Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999

Mungkin anda pernah melihat jentera ini yang telah viral pada satu ketika dulu, namun, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi.

Kali ini, maklumat terkini menunjukkan bahawa motosikal elektrik berbumbung ini sedia diimpot ke Malaysia dengan harga RM14,999 untuk Semenanjung dan RM15,999 untuk Sabah dan Sarawak.

Continue reading “Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999”

2017 Mugen Shinden Roku – motosikal elektrik untuk perlumbaan Isle of Man “TT Zero”

Mugen hadir pada 2017 dengan jentera perlumbaan elektrik mereka untuk persaingan pada TT Zero di Isle of Man. Jentera ini akan dikendalikan oleh John McGuiness dan Guy Martin. Continue reading “2017 Mugen Shinden Roku – motosikal elektrik untuk perlumbaan Isle of Man “TT Zero””

Jentera Formula E musim ke-5 dari Spark Racing Technology

Setelah Spark Racing memenangi tender untuk menyediakan rangka untuk jentera Formula E musim ke-5  mereka hadir dengan cabaran baru dimana jentera elektrik ini perlu melangkaui jarak 2 kali ganda daripada sebelumnya. Cabaran mereka adalah untuk menyediakan rangka yang ringan dan aerodinamik dan gambar-gambar ini adalah rekaan yang mungkin akan hadir pada 2018 nanti.

Continue reading “Jentera Formula E musim ke-5 dari Spark Racing Technology”