Ducati Menjual Lebih Daripada 55,800 buah Motosikal Di Seluruh Dunia Bagi Tahun 2017

Ducati telah menjual lebih daripada 55,800 motosikal di seluruh dunia pada tahun 2017 (55,871 secara keseluruhannya) yang mana ianya merupakan peningkatan kecil dari 55,451 pada tahun 2016. Pengeluar dari Itali tersebut meneruskan trend peningkatan jualan positifnya bagi lapan tahun yang lalu. Ducati telah merancang untuk terus meningkatkan lagi margin jualannya mereka pada tahun ini dengan…

MotoGP: Ducati Desmosedici GP18 Diperkenalkan Dengan Kemasan Grafik Baru

Ducati Team telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka dalam bentuk Ducati Desmosedici GP18. Bersama dengan Joge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, kemasan grafik itu terdiri dari gabungan warna merah dan putih Ducati serta kelabu. Tidak ada banyak maklumat yang telah diberikan mengenai motosikal pengilang Ducati MotoGP 2018 ini kecuali penambahan kuasa kudanya.

Benelli 752S Dan 402S 2018 – Bakal Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat!

Sebuah papan iklan berdekatan dengan plaza tol Penchala sedang mengiklankan model terkini dari Benelli termasuklah motosikal Benelli 752S 2018. Iklan tersebut juga turut memaparkan satu lagi model yang baru iaitu Benelli 402S 2018 yang mana kami jangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Kami jangka motosikal-motosikal 2018 ini akan dilancarkan dalam separuh pertama tahun 2018 dengan…

Ducati Panigale V4 2018 Kini Dibuka Untuk Tempahan! Dari RM133,900 – RM359,900

Satu pos Facebook terkini oleh Ducati Pulau Pinang telah mengandaikan bahawa motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah dibuka untuk tempahan. Dengan harga runcit semasa beserta GST pada RM133,900 hingga RM359,900, anda kini boleh mula membuat tempahan untuk motosikal Panigale V4, V4 S, dan V4 Speciale. Dijana oleh enjin 1,103cc, Desmosedici Stradale V4 90 darjah, evolusi…

Benelli 402S 2018 – Ducati XDiavel Mini?

  Pengeluar motosikal Benelli bakal melancarkan motosikal cruiser terbaru mereka, Benelli 402S 2018 pada tahun hadapan. Secara terang-terangan mengambil ilham dari motosikal power cruiser Ducati XDiavel, motosikal Benelli 402S mempunyai pelbagai persamaan dari segi rupa parasnya. Dijana oleh enjin berkembar-selari 399cc, motosikal 402S ini dikatakan mampu menghasilkan 39hp dan 35Nm tork.

Pelumba Legenda Troy Bayliss Kembali Ke Perlumbaan Superbike!

  Juara Dunia WorldSBK sebanyak tiga kali, Troy Bayliss akan kembali ke dunia perlumbaan motosikal superbike sepenuh masa bermula tahun hadapan. Legenda perlumbaan berusia 49 tahun dari Australia ini akan bermula di siri perlumbaan tempatan, Australian Superbike Championship 2018. Bersama dengan pasukan Desmosport Ducati, Bayliss akan mengemudi jentera Ducati 1299 Panigale R 2017.

Taman Tema Ducati World Bakal Tiba Pada Tahun 2019!

  Ducati telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuka taman tema Ducati World pada tahun 2019. Bertapak di Emilia-Romagna, tanah yang berkeluasan 35,000 meter persegi akan ditukarkan menjadi taman hiburan bertemakan motosikal yang pertama di dunia. Dengan roller-coaster bertemakan Ducati, pengalaman alam maya, muzium dan pelbagai lagi tarikan, Ducati World bakal menjadi salah sebuah taman tema…